Psikometrik adalah ujian mengenai bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian Psikometrik meliputi ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap, integriti serta kompetensi calon menerusi pelbagai bentuk soalan yang boleh mengelirukan.
25 Contoh Soalan PSEE Psikometrik SPA
Soalan ujian psikometrik SPA ditanya menerusi pelbagai bentuk dan diberikan pilihan jawapan yang kadangkala mengelirukan. Calon dinilai menerusi soalan pelbagai pilihan samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik.
Penilaian ini diadakan untuk mengukur kekuatan emosi, minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu, pengetahuan serta peraturan. Ujian ini adalah instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang calon sebelum diambil untuk penilaian peringkat seterusnya - biasanya temuduga.
Soalan-soalan Psikometrik melibatkan penilaian Tret Personaliti yang akan mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti. Tret personaliti yang bakal ditanya menerusi ujian psikometrik melibatkan antara lain:
- Sikap agresif
- Analitikal
- Autonomi
- Ketahanan
- Kritik diri
- Intelektual
- Introvert/Ekstrovert
- Bersandar
- Pencapaian
- Sokongan
- Kejujuran dan lain-lain
25 Contoh Soalan PSEE Ujian Psikometrik
1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan:A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak
8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
10. Ketua Jabatan sepatutnya menghargai _______.
A. Dengan memberikan hadiah
B. Dengan mengucapkan tahniah serta kata penghargaan
11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang _______.
A. Sabar
B. Mesra
12. Anda membuat keputusan dengan _______.
A. Moral
B. Logik
13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara _______.
A. Dirancang
B. Rawak
14. Anda perlu bersikap _______.
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang
15. Apabila bergaul dengan orang ramai.
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam
16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
17. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak
18. Saya suka menonton perlawanan bola sepak.
A. Ya
B. Tidak
19. Saya suka beriadah di hari minggu.
A. Ya
B. Tidak
20. Saya mudah untuk memberikan pandangan di dalam mesyuarat.
A. Ya
B. Tidak
21. Jika saya membanggakan diri, saya akan dipandang tinggi.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
22. Saya berpendapat larangan merokok di tempat kerja adalah tidak wajar.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
23. Saya suka melakukan aktiviti yang boleh memajukan diri saya.
A. Ya
B. Tidak
24. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.
A. Ya
B. Tidak
25. Saya akan bertindak tegas apabila tidak berpuas-hati dengan kualiti dan hasil kerja seseorang.
A. Ya
B. Tidak
Contoh-contoh soalan di atas adalah ANTARA bentuk dan format soalan biasanya ditanya di dalam PSEE Ujian Psikometrik SPA. Soalan akan berdasarkan kepada keperluan perjawatan dan jabatan. Maka, bentuk soalan akan berubah-ubah dan semestinya berbeza pada setiap sesi mahupun pada setiap ujian.
Untuk berjaya menjawab ujian ini, kami syorkan calon terlibat untuk membuat banyak latih-tubi contoh soalan ujian agar membiasakan diri dengan format serta pola soalan yang pelbagai. Paling penting, latihan perlu dibuat di dalam masa yang ditetapkan kerana TEMPOH MASA adalah antara penyebab ramai calon gagal menjawab kesemua soalan dikemukakan.
Tonjolkan nilai positif apabila menjawab soalan-soalan diberikan. Namun, jangan abaikan nilai kejujuran di dalam diri. Pastikan konsisten dengan pemilihan jawapan.
Semoga berjaya.