Rahsia lulus Ujian Psikometrik ini adalah dengan melakukan latih-tubi contoh-contoh soalan. Ia adalah penting supaya dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk soalan diajukan.
Rujukan Ujian Psikometrik Untuk Jawatan Gred 11 & Gred 19
Amnya Ujian Psikometrik adalah berkenaan ujian sikap, tingkah-laku serta psikologi. Ia bertujuan untuk menapis calon yang mempunyai daya tahan, integriti selain mampu menguruskan persekitaran kerja dengan baik.
Ujian ini sangat penting, malah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri mempunyai ujian psikometrik sendiri dinamakan Sistem Pemprofilan Rekrutmen atau SPiER.
Calon bertuah yang terpilih untuk menghadiri Ujian Psikometrik wajib lulus ujian saringan ini sebelum ke peringkat seterusnya. Kebanyakkan jawatan terutamanya melibatkan Gred 11 dan jawatan Gred 19 akan menjalani ujian ini.
Ujian ini adalah ujian berasingan dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Secara kasarnya, ujian ini mempunyai pilihan jawapan mudah, biasanya cuma dua pilihan - jawapan positif dan jawapan negatif. Pun begitu, ia bergantung dengan bentuk, jenis dan cara soalan ditanya.
Perkara utama penilaian adalah mencari calon yang mampu memberikan jawapan dengan nilai positif, sesuai dengan kehendak jabatan mahupun kementerian.
Awas Dengan Perangkap Soalan Ujian Psikometrik
Kebanyakan soalan adalah bersifat 'direct question'. Pun begitu, dalam memastikan calon benar-benar layak untuk jawatan dipohon, soalan adakalanya disediakan untuk mengelirukan calon. Kemungkinan jenis soalan adalah sama, cuma cara ditanya adalah berbeza.Sedikit tips untuk menjawab soalan ujian psikometrik bagi jawatan gred 11 dan gred 19:
- Faham bentuk soalan ditanya
- Singkirkan semua yang nampak negatif
- Kena jawab semua soalan
Daripada pengalaman kami dan Infokerjaya membantu calon sebelum ini; tiada cara paling baik selain melakukan banyak latih-tubi contoh-contoh soalan.
Seperti dinyatakan, soalan tak susah tetapi ia boleh memerangkap. Maka, kena elakkan masuk perangkap. Untuk elak masuk perangkap, kena terus kenalpasti bentuk soalan dan jawapan tepat.
Guna rujukan ini .... tersedia dengan tips, panduan serta contoh soalan lengkap dengan jawapan.
Rujukan ini disediakan oleh Tim Infokerjaya yang selama ini telah membantu ribuan calon untuk masuk kerja kerajaan. Mereka ada pengalaman dan kepakaran untuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan PSEE dan juga contoh soalan ujian Psikometrik.
Untuk mendapatkan rujukan siap dengan contoh soalan ini, boleh terus klik pada pautan di bawah ini.
[+]Tempahan Rujukan Ujian Psikometrik Terkini
Pilih 'Tempah Sekarang' dan ikuti arahan diberikan.
Buat pembayaran menggunakan FPX (bank transfer) kerana ia lebih mudah, selamat dan terjamin, selain membolehkan anda mempunyai rekod dan bukti pembelian.
Kami doakan anda berjaya dalam ujian Psikometrik ini.