Apakah Itu Ujian SPiER KDN? 10 Contoh Soalan Sebagai Panduan

Sistem Pemprofilan Rekrutmen atau SPiER KDN adalah sistem yang digunakan untuk pengambilan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bagi penguatkuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. Ia merupakan tiga sistem ujian psikometrik secara berkomputer atau online.

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER); adalah ujian penilaian dengan set bateri psikometrik yang mengandungi beberapa alat ujian psikometrik dibangunkan bagi tujuan saringan awal calon baru.

Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) Untuk Saringan Calon Penguatkuasa

Rujukan Ujian SPiER

SPiER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

Selain itu, SPiER juga boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri seseorang pegawai penguatkuasa dalam KDN.

SPiER Dibangunkan Mengikut Kehendak Jabatan

SPiER dibangunkan secara spesifik mengikut keperluan setiap agensi atau jabatan di bawah KDN. Dalam erti kata lain, setiap agensi dan jabatan penguatkuasaan di bawah KDN akan mempunyai ujian SPiER yang khas dan tersendiri sebagai ujian saringan.

Bateri psikometrik SPiER ini juga diharapkan dapat membantu pihak pengurusan sumber manusia KDN bagi mengenalpasti kriteria individu yang dikehendaki sebelum diserap masuk ke dalam agensi atau jabatan di KDN.

Objektif Penilaian Psikometrik SPiER

Objektif khusus bateri psikometrik SPiER adalah seperti berikut:

  1. Menentukan dan memilih calon yang sesuai dari perspektif psikologikal untuk berkhidmat di bawah agensi atau jabatan KDN
  2. Menyaring calon yang kompeten dengan nilai dan kriteria yang diperlukan oleh agensi atau jabatan di bawah KDN
  3. Menyenaraipendekkan calon yang sesuai untuk fasa temuduga dan ujian fizikal (sekiranya ada)
  4. Menyaring calon berwibawa dengan menggunakan pendekatan yang lebih objektif
  5. Menyaring calon yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik serta kestabilan dan pengurusan emosi yang baik

Sebagaimana dimaklumkan, contoh soalan ujian SPiER adalah berkaitan dengan penilaian personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme; berikut adalah antara contoh soalan yang terkait dengan penilaian ini:

1. Membakar bendera negara lain adalah satu kesalahan jenayah.

A - Setuju
B - Tidak setuju

2. Saya tidak suka dengan suasana kerja penuh tekanan

A - Setuju
B - Tidak setuju

3. Saya kecewa jika tidak diberikan pujian untuk khidmat

A - Setuju
B - Tidak setuju

4. Saya suka membantu rakan sekerja walaupun tidak diminta

A - Ya
B - Tidak

5. Saya mudah bergaul dengan semua orang

A - Ya
B - Tidak

Rujukan Ujian SPiER 2021



6. Berdoa adalah salah satu cara mengawal emosi

A - Ya
B - Tidak

7. Saya tidak suka kerja bertangguh

A - Ya
B - Tidak

8. Saya suka memberi makan kepada haiwan jalanan

A - Ya
B - Tidak

9. Saya akan marah jika rakan sekerja mengganggu tugasan saya

A - Benar
B - Tidak benar

10. Saya akan marah jika seseorang memijak negara lain

A - Benar
B - Tidak benar

Untuk panduan dan rujukan menghadapi ujian penialain menerusi Sistem Pemprofilan Rekrutmen, boleh gunakan pakej rujukan psikometrik ini:

[Klik Sini Untuk Info]


Rujukan SPiER 2021