Rujukan Ujian Psikometrik Terkini 2023

Pakej Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik versi 2023. Terlibat dengan peperiksaan online Ujian Psikometrik SPA? Tak tahu nak buat persediaan apa? Tak tahu nak baca apa? Tak pasti mana nak dapatkan rujukan terkini yang lengkap dengan latih-tubi contoh soalan Ujian Psikometrik?

iKerjaya Graduan bersama dengan Tim Infokerjaya telah menyediakan pakej rujukan edisi terkini 2023 untuk calon-calon peperiksaan ini. Pakej rujukan Ujian Psikometrik edisi 2023 telah diperkemaskan dan diperlengkapkan dengan contoh-contoh soalan yang terbaik bagi menguji calon sebagai persiapan sebelum peperiksaan online sebenar Ujian Psikometrik.

Rujukan Ujian Psikometrik edisi Terkini 2023


Ujian Psikometrik adalah penilaian terhadap minat serta kecenderungan. Ia bakal menguji sikap, integriti serta kompetensi calon menerusi pelbagai bentuk dan format soalan. Calon akan dinilai menerusi soalan pelbagai pilihan samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik.

Amnya, penilaian pada peringkat ujian ini adalah merupakan instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku yang disepadankan dengan tugasan dan tanggungjawab jawatan yang dipohon.

Calon akan diberikan soalan antara lainnya berkaitan tret personaliti. Tret personaliti merangkumi:

  • Sikap agresif
  • Analitikal
  • Autonomi
  • Ketahanan
  • Kritik diri
  • Intelektual
  • Introvert/Ekstrovert
  • Bersandar
  • Pencapaian
  • Sokongan
  • Kejujuran dan lain-lain

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya dalam penilaian ujian Psikometrik ini:

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

Sekali pandang, contoh-contoh soalan diberikan agak mudah untuk dijawab. Pun begitu, masih ramai calon ujian ini yang gagal dan terkandas.

Tips Hadapi Ujian Psikometrik

Kebanyakkan calon yang gagal di dalam ujian ini adalah kerana sikap mereka yang kurang bersedia dan membuat persediaan ala kadar serta sambil lewa, walhal Ujian Psikometrik SPA ini dijalankan adalah untuk menyingkirkan calon dan bukan sekadar prosedur pengambilan jawatan ke Perkhidmatan Awam Malaysia.

Ramai calon yang tidak sedar, dalam keadaan menjawab soalan dengan rasa confident yang tinggi, mereka sebenarnya diperangkapkan dengan soalan-soalan ujian yang sama tetapi disoal dalam bentuk berbeza untuk mengelirukan calon. Calon lupa bahawa ujian ini adalah untuk menilai sikap dan minat serta respon.

Gunakan Rujukan untuk Bantu Buat Persediaan



Testimoni Pembeli Rujukan Ujian Psikometrik


Bagi mengelakkan diri daripada menjadi calon gagal seterusnya LULUS dengan baik di dalam ujian ini, seharusnya calon yang bakal menduduki PSEE Ujian Psikometrik membuat persediaan dengan membuat latih-tubi dan mendapatkan rujukan sebagai panduan untuk menjawab dengan betul dan tepat semasa peperiksaan sebenar.

Seandainya anda merupakan calon terlibat dengan ujian ini, boleh gunakan rujukan yang telah kami sediakan. Ia rujukan terkini 2023 lengkap dengan contoh soalan beserta jawapan selain tips penting untuk menjawab setiap soalan penilaian yang bakal ditanya. Persediaan ini penting seandainya anda dalah calon yang mahu LULUS di dalam ujian ini.

Ingin dapatkan pakej rujukan ini? Klik link disediakan di bawah ini:

[+] Tempahan Rujukan Ujian Psikometrik

Pakej rujukan ini adalah satu-satunya rujukan dan panduan menjawab soalan ujian Psikometrik yang ada. Ia merupakan satu-satunya rujukan di dalam bentuk ebook (pdf) yang dikemaskini dan disediakan mengikut format terkini disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Malah, pembeli rujukan akan diberikan update PERCUMA selama setahun!.

Gunakan kesempatan dan peluang ini untuk melakukan persediaan, iaitu latih-tubi contoh soalan ujian Psikometrik sebelum peperiksaan online ujian Psikometrik sebenar.

Anda boleh mendapatkan rujukan ini dengan harga tempahan serendah RM40 sahaja!

Rujukan ini sesuai digunakan untuk semua jenis peperiksaan/psee/ujian psikometrik SPA jawatan yang dipohon. Ia menepati format soalan disediakan SPA dan sentiasa dikemaskini untuk panduan para calon.

Jika anda terlibat dengan panggilan ke Ujian Psikometrik jawatan berikut, disyorkan gunakan kesempatan ini untuk menelaah menggunakan pakej rujukan ini.