Maka, seandainya anda adalah calon terpilih untuk peperiksaan online Akauntan WA41 untuk tahun ini, pastikan anda TIDAK GAGAL. Serius. Kerana kemungkinan peluang untuk dipanggil ke peperiksaan ini (jika tidak berjaya lulus), anda perlu tunggu sehingga tahun ketiga selepas kali terakhir mengambil exam Akauntan WA41. Jenuh menunggu. Usah ambil mudah, kena pastikan anda buat persediaan untuk lulus di dalam peperiksaan WA41.
Tips serta Rujukan Peperiksaan Online SPA untuk Akauntan WA41
Peperiksaan Online Kemasukan Kerja Kerajaan atau PSEE adalah merupakan proses wajib untuk menapis calon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan ini adalah secara bertulis. Tetapi kini, peperiksaan dibuat secara online. Walaupun cara menjawab sudah berbeza, namun tujuannya sama.
Maka adalah penting untuk anda lulus. Jika gagal, anda perlu tunggu sehingga 3 tahun untuk peperiksaan Akauntan WA41.
Apakah kaedah terbaik untuk lulus di dalam peperiksaan atau PSEE Akauntan WA41?
Tiada cara lain selain anda melakukan persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar. Sebaik sahaja anda menerima panggilan untuk peperiksaan Akauntan gred WA41 daripada SPA, anda seharusnya:
- Semak penjadualan peperiksaan WA41 di portal SPA menggunakan nombor kad pengenalan.
- Sediakan atau semak perkakasan untuk anda hadapi peperiksaan - laptop/komputer, talian/capaian internet, browser untuk digunakan semasa peperiksaan dan sebagainya.
- Semak format terkini untuk peperiksaan WA41. Ambil maklum mengenai jumlah seksyen terlibat dan masa diberikan.
- Cari maklumat berkaitan dengan perjawatan Akauntan WA41 - bidang tugas, skop kerja, gaji, jabatan terlibat.
- Dapatkan rujukan khas untuk peperiksaan Akauntan WA41/
- Buat ulangkaji mengenai topik khas berkaitan Akauntan Kerja Kerajaan. Buat latihan latih tubi soalan-soalan setiap seksyen terlibat.
- Berdoa dan mohon restu daripada orang terdekat, seperti ibubapa, suami/isteri, kawan-kawan, rakan dan lain-lain.
- Sentiasa tenang dan usah tergopoh-gapah dalam menjawab soalan diberikan.
Sebab Gagal Peperiksaan Akauntan WA41
Anda boleh gagal dari banyak sebab. Anda mungkin gagal sebab komputer jadi lambat. Anda mungkin boleh gagal kerana capaian internet bermasalah dan banyak sebab lagi yang kadangkala berlaku tanpa diduga.Tetapi, dari pengalaman kami, kebanyakkan calon yang gagal di dalam peperiksaan online kerja kerajaan seperti untuk jawatan Akauntan WA41 adalah kerana calon kurang bersedia dari segi:
- Tiada rujukan untuk fahami format dan bentuk soalan terkini.
- Tiada rujukan untuk contoh soalan bagi jawatan WA41.
- Tidak melakukan latih-tubi menjawab soalan peperiksaan.
Oleh kerana sikap acuh tak acuh calon, ramai yang gagal dan kecewa hatta buat calon yang sudah beberapa kali dipanggil untuk hadapi PSEE.
Usah Jadi Calon Kecewa dan Gagal WA41
Elakkan dari menjadi calon yang kecewa. Buat persediaan sebelum peperiksaan sebenar. Kena ingat, peperiksaan ini dijalankan untuk singkirkan calon. Dan anda perlu bersaing dengan ribuan calon yang lain di dalam peperiksaan ini nanti.
Anda perlu lulus. Anda perlu pastikan anda telah melakukan sehabis baik bagi memastikan anda mampu menjawab soalan-soalan PSEE diberikan.