Ujian Psikometrik adalah ujian wajib dalam cabang PSEE. Calon wajib melepasi tahap penilaian ujian ini untuk ke peringkat seterusnya - samada ujian fizikal mahupun terus ke temuduga.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Bagi membantu calon yang terlibat dengan PSEE Ujian Psikometrik bulan ini, berikut adalah beberapa contoh soalan (ada di antaranya adalah soalan sebenar ditanya di dalam ujian sebelum ini):
1. Apakah anda seorang yang suka mendengar gosip di pejabat?
A. Ya
B. Tidak
2. Jika anda dimarahi Ketua Jabatan, adakah anda berasa kecewa?
A. Ya
B. Tidak
3. Saya suka dan rasa seronok dengan kedatangan tetamu ke rumah
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
4. Saya merasa terganggu jika ada rakan sekerja mengganggu tugas saya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
5. Saya lebih suka bekerja secara bersendirian
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
6. Saya cepat puas hati dengan hasil kerja yang disiapkan
A. Selalu
B. Kadang-kala
C. Tidak pasti
D. Tidak pernah
7. Saya suka kepada suasana sunyi dan tenang ketika bekerja
A. Selalu
B. Kadang-kala
C. Tidak pasti
D. Tidak pernah
8. Berbaris untuk membeli makanan adalah sesuatu yang menyusahkan
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Berkecuali
9. Pembelian secara dalam talian adalah selamat dan mudah
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Berkecuali
10. Saya masih boleh berjenaka apabila berbincang sesuatu yang serius
A. Benar
B. Tidak benar
11. Saya mudah berasa bosan
A. Benar
B. Tidak benar
12. Saya mudah rasa tertekan
A. Benar
B. Tidak benar
13. Anda lebih suka bertugas di luar kawasan daripada tugasan setempat
A. Setuju
B. Tidak setuju
14. Hobi anda adalah mendengar radio dan menonton filem
A. Benar
B. Tidak benar
15. Anda tidak suka membuang sampah merata-rata
A. Benar
B. Tidak benar
16. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan:
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
17. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
18. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
19. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
20. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
21. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
22. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak
23. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
24. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
25. Ketua Jabatan sepatutnya menghargai _______.
A. Dengan memberikan hadiah
B. Dengan mengucapkan tahniah serta kata penghargaan
26. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang _______.
A. Sabar
B. Mesra
27. Anda membuat keputusan dengan _______.
A. Moral
B. Logik
28. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara _______.
A. Dirancang
B. Rawak
29. Anda perlu bersikap _______.
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang
30. Apabila bergaul dengan orang ramai.
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam
31. Saya akan bertindak tegas apabila tidak berpuas-hati dengan kualiti dan hasil kerja seseorang.
A. Ya
B. Tidak
Daripada contoh-contoh soalan Psikometrik di atas, semua soalan adalah berkaitan dengan diri anda sebagai calon untuk jawatan yang dipohon. Soalan berkisar personaliti, pendapat dan kadangkala daya menyelesaikan masalah.
Jika anda adalah salah seorang calon dikehendaki lulus ujian Psikometrik SPA, inilah rujukan yang terbaik yang boleh anda gunakan. Pastikan anda tidak tercicir! Anda wajar LULUS!