Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Salah satu ujian yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memilih calon berkelayakan bagi sesuatu jawatan adalah dengan mengadakan Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik kini menjadi satu wajib lulus, malah pihak SPA telah menyediakan laman web khusus untuk Ujian Psikometrik.

Salah satu cabang atau bahagian di dalam Ujian Psikometrik ialah Ujian Aptitud (Aptitude Test). Ia dulunya dimasukkan sebagai sebahagian seksyen utama Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

Tips & Panduan Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Ramai calon yang masih hilang punca apakah sebenarnya Ujian Psikometrik yang SPA jalankan ini.

Sebenarnya, ujian ini telah diperkenalkan lama dalam pemilihan calon yang sesuai untuk sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia, cuma namanya sahaja diubah selaras dengan perkembangan pengambilan perjawatan semasa.

Dulunya, ia lebih dikenali sebagai ujian bakat, sikap, minat, psikologi dan pelbagai lagi. Ia merupakan satu ujian yang simple, yang pada pandangan kasar, ia tidaklah sesukar mana. Malah ujian sebegini sering dilakukan dalam kaji selidik dalam khidmat pelanggan, kepuasan pelanggan dan sebagainya.

Seperti dinyatakan di awal tadi, Ujian Psikometrik mempunyai cabang tertentu.

Ujian Aptitud yang merupakan salah satu cabang soalan dalam Ujian Psikometrik akan menguji calon berkenaan bakat, iaitu ujian kebolehan yang digunakan untuk menentukan kecenderungan seseorang berjaya dalam aktiviti tertentu.

Ujian kebolehan ini mengandaikan bahawa individu mempunyai kekuatan dan kelemahan serta kecenderungan semulajadi, samada terhadap kejayaan atau kegagalan dalam bidang tertentu.

Biasanya, ujian sebegini akan diberikan tekanan dari segi jumlah soalan dan kekangan masa.

Calon PSEE yang dipanggil untuk Ujian Psikometrik akan diuji dalam pelbagai segi berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan kecenderungan secara semulajadi dengan adanya tekanan dan juga kekangan ini.

INGIN BERJAYA DALAM UJIAN PSIKOMETRIK SPA?

Tim Infokerjaya adalah pilihan yang tepat. Dengan ribuan pembeli yang berpuas-hati sejak 2009, rujukan Tim Infokerjaya akan membantu anda mencapai kejayaan yang diinginkan.

Hanya RM40, rujukan daripada Tim Infokerjaya menyertakan lebih 200 soalan latihan dengan huraian jawapan yang terperinci serta tips dan strategi untuk membantu anda.

Buat tempahan online segera di sini - [Tempah Rujukan Psikometrik].

Gunakan rujukan ini, dan usah sia-siakan masa dan wang anda, Jadilah sebahagian daripada ribuan calon yang berjaya.

Rujukan adalah dalam format PDF.

Rahsia Lulus Ujian Psikometrik SPA

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Persoalannya, bagaimanakah cara untuk lulus di dalam Ujian Psikometrik, terutama berkaitan Aptitud?

Ia bergantung dengan jenis perjawatan.

Ada beberapa ujian berkaitan aptitud ini, amnya ia terbahagai kepada dua iaitu ujian terhadap personaliti dan keduanya kepada kebolehan.

Biasanya, selepas seseorang calon itu melepasi ujian aptitud ini, ia seterusnya dinilai menerusi satu temuduga untuk mengesahkan samada keputusan ujian Psikometrik menyamai apa yang akan diperoleh ketika temuduga.

Jadinya, apabila menjawab soalan Ujian Psikometrik, pastikan ia adalah jawapan berkaitan diri anda, iaitu personaliti dan perlu menepati keperluan kepada jawatan yang dipohon.

Contoh Soalan Psikometrik

1. Seseorang melaporkan salah laku kakitangan lain dalam sebuah jabatan kepada ketua jabatan berkaitan rasuah.

A) Setuju
B) Tidak Setuju

2. Mengambil lebihan makanan dalam satu majlis keramaian pejabat dan membawa pulang.

A) Setuju
B) Tidak Setuju

3. Seorang kakitangan membantu rakan pejabat lain menyelesaikan tugasan rasmi.

A) Setuju
B) Tidak Setuju

4. Muafakat Membawa Berkat.

A) Setuju
B) Tidak Setuju

5. Saya akan berasa menyampah bila orang lain berperangai pelik.

A) Ya
B) Tidak

6. Demi memastikan rakan sekerja berjaya dan menerima pengiktirafan, saya sanggup membimbingnya tanpa mengharapkan balasan.

A) Ya
B) Tidak

7. Bila saya merasa letih, saya akan menyambung tugasan yang diberikan pada hari esok, walaupun ia satu tugasan yang sangat penting.

A) Ya
B) Tidak

8. Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah

A) Ya
B) Tidak

9. Saya akan berbangga apabila menerima pengiktirafan atau hadiah daripada ketua jabatan.

A) Ya
B) Tidak

10. Saya beranggapan pemberian hadiah adalah salah satu bentuk meningkatkan motivasi kerja.

A) Ya
B) Tidak


Contoh soalan di atas biasanya ditanya dalam bilangan yang banyak, dan terhad dalam tempoh masa tertentu. Soalan adalah ringkas, melibatkan hanya dua pilihan jawapan.

Jawatan berbeza mungkin ada menerima set soalan Ujian Psikometrik yang sama, dan mungkin juga jauh berlainan. Segalanya adalah mengikut keperluan Jabatan dan Kementerian, hatta untuk jawatan yang sama (gred berlainan).

Untuk lulus di dalam ujian ini, pastikan anda menjawab SEMUA SOALAN dalam tempoh masa diberikan. Ini akan memberikan peluang besar untuk anda lulus. Dan ia juga menunjukkan bahawa anda mampu memberikan reaksi dengan pantas dan tidak teragak-agak.

Ujian Psikometrik Melibatkan Soalan Matematik

Kadangkala, soalan-soalan Ujian Psikometrik lebih kompleks di mana melibatkan permasalahan matematik dan juga satu (atau lebih) pernyataan yang memerlukan calon ujian untuk memberikan jawapan berdasarkan pernyataan.

Contohnya ..

1. Stella telah menyelesaikan tugas penting mengenai laporan bajet jabatan. Tugasan ini sepatutnya diserahkan pada keesokan harinya, dan hanya Stella yang bertanggungjawab dengan penyediaan laporan tersebut. Tetapi, keesokkannya, Stella tidak dapat hadir ke pejabat kerana terlibat dengan kemalangan. Adakah Stella dianggap mengabaikan tanggungjawab dan tugasan?

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

2. Jika 4+2=6 dan 4x2=8. Adakah 2+2 sama jawapannya dengan 2x2.

A) Setuju
B) Tidak Setuju
C) Tidak Pasti

3. Amri telah menerima hadiah daripada salah seorang pelanggan kerana membantunya menyelesaikan masalah berkaitan cukai pendapatan. Dan Amri tidak memaklumkan kepada ketua jabatan mengenai hadiah tersebut. Hadiah adalah berupa seutas jam tangan yang berharga mahal, dianggarkan bernilai RM450 seutas. Adakah perbuatan Amri tersebut dianggap sebagai menerima rasuah?

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

4. Solehin seorang Pegawai Imigresen. Selesai bertugas di pejabat, beliau banyak membantu orang lain, terutama pendatang tanpa izin untuk mendapatkan dokumen perjalanan yang sah. Adakah perbuatan Solehin menyalahi peraturan Jabatan Imigresen?

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

5. Berdasarkan rajah diberikan, yang manakah memberikan nilai yang terkecil?

Jika anda lihat daripada contoh soalan Ujian Psikometrik di atas, ia mungkin sedikit mengelirukan tetapi ianya tidaklah sesukar mana. Sekali lagi, ia memerlukan calon untuk menjawab dengan pantas dan tepat.

Tips dan Panduan Lulus Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan

Sekali lagi, untuk lulus di dalam Ujian Psikometrik, anda perlu menjawab kesemua soalan yang diberikan. Dapatkan jawapan yang betul dan tepat pada setiap soalan diberikan. Jika tidak mampu, gunakan logik akal sehabis baik untuk memberikan jawapan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda meleraikan kekusutan tentang bagaimana cara nak lulus di dalam ujian Psikometrik, terutama yang melibatkan ujian Aptitud.

Pakej Rujukan Ujian Psikometrik

Mahu lebih banyak informasi serta contoh soalan berkaitan Ujian Psikometrik kemasukan ke Perkhidmatan Awam? Gunakan pakej rujukan di bawah, ia dah bantu ramai calon sebelum ini lulus dalam Ujian Psikometrik SPA.




Akhir kata, langkah paling baik untuk lulus dalam sebarang peperiksaan online dan juga Ujian Psikometrik dikendalikan SPA, adalah dengan membuat persediaan sebelum peperiksaan.

Meh lihat bagaimana calon sebelum ini yang BERJAYA LULUS dengan bantuan rujukan ini yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya....

Rujukan Lulus Ujian Psikometrik SPA

Buat seperti anda bakal hadapi SPM, pastinya anda perlu menelaah walaupun anda sedar yang soalan mungkin mudah untuk anda. Jangan ambil ringan ya, konfiden perlu tetapi biarlah dengan nyata dan berpaksi.

Ikut jejak langkah calon yang dah berjaya LULUS UJIAN PSIKOMETRIK ini. Gunakan rujukan yang mereka gunakan ya ..

Terus sahaja ke link ini -  Tempah Rujukan Anda Di Sini