Jika anda sedia maklum, pihak SPA sendiri ada menyatakan berkaitan sukatan peperiksaan untuk ujian ini di dalam laman web rasmi mereka.
Sukatan PSEE Ujian Psikometrik dan Contoh Soalan
Secara amnya, Ujian Psikometrik akan melibatkan penilaian kepada calon berkaitan:
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi; dan
- Disiplin
Soalan pskometrik akan ditanya di dalam pelbagai format dan bentuk. Jumlah soalan ujian juga bergantung dengan jenis atau gred jawatan serta keperluan semasa.
Contohnya, untuk seorang Pegawai Perakauan di Kementerian Kewangan.
Situasi semasa, negara memerlukan banyak pelaburan luar untuk menjana ekonomi dalam tempoh jangka-pendek. Maka, keperluan mendesak adalah memerlukan calon yang mampu berhadapan dengan situasi yang mendesak dalam Kementerian untuk mendapatkan pelaburan.
Maka, soalan Ujian Psikometrik untuk jawatan ini bersandarkan situasi semasa, mungkin:
Soalan berkaitan kestabilan emosi, motivasi dan kejujuran serta integriti akan ditanya lebih banyak berbanding soalan lain.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Mari lihat beberapa contoh soalan bagi kategori dinyatakan:Soalan Psikometrik berkaitan Personaliti dan Disiplin
1. Saya seorang yang suka datang awal ke pejabat.A) Ya
B) Tidak
2. Saya lebih sukakan gaya pemakaian santai tetapi kemas.
A) Ya
B) Tidak
3. Saya suka memakai barang kemas yang mahal, tetapi arahan Ketua tidak membenarkan saya memakai barang kemas.
A) Saya akan memakai barang kemas yang saya suka secara sembunyi-sembunyi
B) Saya tidak akan memakai barang kemas
Soalan Psikometrik berkaitan Motivasi
1. Saya beranggapan pemberian hadiah adalah satu bentuk motivasi kerja dan bukannya rasuh.
A) Setuju
B) Tidak Setuju
2. Saya gembira diraikan di ulangtahun kelahiran saya
A) Ya
B) Tidak
3. Saya akan membantu orang lain untuk mencapai kejayaan yang lebih baik daripada diri saya
A) Ya
B) Tidak
Soalan Psikometrik berkaitan Kebolehan Sosial
1. Saya terlihat seorang pelanggan yang terpinga-pinga di ruang lobi sebuah hotel.A) Saya akan bertanyakan apakah masalah pelanggan tersebut
B) Saya akan biarkan pelanggan tersebut kerana tugas saya adalah untuk menyelengara
Soalan Psikometrik berkaitan Kejujuran
1. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana bangun lewatA) Saya akan menghubungi pihak sekolah dan mengatakan anak saya sakit
B) Saya tidak akan melakukan apa-apa dan biarkan anak tidak hadir ke sekolah
Ya, soalan tidaklah sesukar mana, tetapi ia memerlukan anda untuk memberikan jawapan yang tepat dalam masa yang diberikan.
Perangkap peperiksaan online ini adalah masa dan jumlah soalan yang mampu dijawab tepat oleh calon.
Jika seorang calon kurang bersedia, dan tidak pasti cara nak menjawab dengan betul, pasti ia akan menimbulkan kerumitan. Akhirnya, boleh menggagalkan calon dalam Ujian Psikometrik.
Usah risau.
Ada rujukan khusus untuk bantu calon menghadapi Ujian Psikometrik ini dengan jayanya.
Gunakan rujukan ini:
[+] Klik Sini Untuk Membuat Tempahan
Jika tak ada rujukan, dan panduan nak menjawab, memang susah dibuatnya, percayalah .. ramai calon gagal sebab tak bersedia dan tak pasti bentuk soalan ditanya.
Jika dah tahu sukatan peperiksaan untuk Ujian Psikometrik ini, maka kenalah buat banyak latih-tubi. Nak contoh soalan yang lengkap dengan jawapan, dan lebih banyakkkkk .... maka gunakan rujukan disediakan.
[+] Klik Sini Untuk Membuat Tempahan