Proses Pengambilan Pegawai Imigresen KP19 - PSEE, Psikometrik, Ujian Fizikal

Pegawai Imigresen KP19 adalah antara jawatan dalam perkhidmatan awam yang sering menjadi pilihan kepada ramai pencari kerja yang berkelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah salah satu peluang untuk berada di dalam kerjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menawarkan banyak imbuhan.

Dengan kelulusan minima SPM, calon yang terpilih akan menjalani beberapa proses pemilihan untuk ke jawatan Pegawai Imigresen gred KP19. Ia melibatkan Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE), ujian Psikometrik dan juga ujian fizikal serta kecergasan.

Deskripsi Tugas, Kelayakan dan Proses Pengambilan Pegawai Imigresen KP19


Deskripsi tugas untuk seorang Pegawai Imigresen KP19 meliputi tanggungjawab untuk menerima serta menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa dan pas.

Malah, tugas seorang Pegawai Imigresen KP19 juga meliputi menerima dan menyemak permohonan permit rakyat warganegara asing yang ingin memasuki negara samada untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya.

Pegawai Imigresen KP19 juga terlibat dengan membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk sempadan negara.

Kelayakan Akademik Pemilihan Pegawai Imigresen KP19


Untuk membuat permohonan menjadi Pegawai Imigresen KP19, pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurang SPM:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menyemak permohonan calon berdasarkan kriteria kelayakan akademik di atas sebelum dipanggil untuk satu sesi peperiksaan online atau PSEE.

Peperiksaan Online (PSEE) Pegawai Imigresen KP19

Peperiksaan online ini secara langsung akan menapis calon yang dipanggil dalam beberapa aspek tertentu, biasanya PSEE akan merangkumi ujian berkaitan:

  1. Kebolehan calon untuk menyelesaikan masalah
  2. Kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris

Setelah calon lulus di dalam ujian PSEE ini, calon kemudiannya akan dipanggil dalam satu sesi ujian online berasingan iaitu Ujian Psikometrik. Ujian ini adalah berkaitan tingkah-laku, minat selain memastikan calon berkelayakan memenuhi aspek minima psikologi yang ditentukan Jabatan Imigresen.

Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik penting bagi menapis calon yang bakal berurusan dengan pelbagai situasi melibatkan emosi dan tindakan ketika bertugas sebagai pegawai barisan hadapan di semua pintu masuk negara selain urusan penguatkuasaan dan sebagainya.

Selain daripada PSEE dan Ujian Psikometrik, calon yang telah lulus di dalam kedua-dua peperiksaan dan ujian online ini perlu melepasi tapisan ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Calon lulus perlu pastikan bahawa mereka memenuhi kriteria:


  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Daripada proses pemilihan Pegawai Imigresen KP19 diterangkan di atas, nyata ia satu proses yang panjang dan mengambil masa. Maka, adalah penting calon yang ingin menjawat jawatan ini mempunyai keinginan dan minat mendalam dalam kerjaya ini.

Rujukan Khas PSEE Pegawai Imigresen KP19


Sebagai membantu calon yang bertuah terpilih untuk ke jawatan Pegawai Imigresen KP19, berikut adalah beberapa rujukan yang boleh digunakan sebagai persediaan.


Rujukan PSEE ini adakah rujukan khas yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya yang selama ini mempunyai kredibiliti membantu calon-calon untuk memasuki kerja kerajaan di Malaysia.

Malah, Tim Infokerjaya merupakan satu-satunya pengeluar rujukan bermutu termasuk untuk peperiksaan online PSEE, ujian Psikometrik, temuduga kerja kerajaan dan pelbagai lagi rujukan persediaan kemasukan perjawatan kerjaya di dalam perkhidmatan awam.

Rujukan Khas Ujian Psikometrik

Buat calon yang lulus di dalam PSEE Pegawai Imigresen, langkah seterusnya adalah memastikan lulus di dalam Ujian Psikometrik. Anda boleh gunakan rujukan Ujian Psikometrik di bawah untuk membantu memahami bagaimana ujian ini dibuat selain contoh-contoh soalan sebagai latih tubi:


Seandainya anda calon bertuah yang dipanggil SPA untuk PSEE Pegawai Imigresen KP19 dan juga Ujian Psikometrik, kami ucapkan semoga berjaya.

Gunakan peluang ini melakukan persediaan yang penting sebelum peperiksaan. Tunjukkan iltizam anda kerana hanya mereka yang bersungguh sahaja akan diberikan kelebihan oleh Tuhan untuk mencapai impian.