Di dalam satu tinjauan dijalankan oleh Monster.com, didapati ramai fresh graduate mengabaikan aspek-aspek penting dalam temuduga, contohnya tidak membuat kajian berkaitan jawatan dan majikan.
Dua Perkara Utama Menyebabkan Ramai Gagal Temuduga
Menerusi tinjauan tersebut, ia menyatakan dua perkara utama yang membuatkan banyak majikan menggagalkan calon temuduga mereka, iaitu:
- 54% tidak melakukan penyelidikan yang mencukupi
- 46% kerana tidak bertanya
Mungkin ada calon yang berpendapat bahawa resume mereka akan membantu dalam proses temuduga, walhal sebaliknya majikan:
- tidak peduli dengan ejaan dan tatabahasa yang betul dalam resume (11%)
- pautan ke portfolio kerja (8%)
- pengalaman sukarelawan yang mungkin dimiliki (5%)
Penulisan resume tidak dinafikan amat penting ketika di awal permohonan kerja, namun setelah diterima untuk ke peringkat temuduga, biasanya resume hanya akan dilihat sekali imbas oleh penemuduga.
Ini adalah kerana proses saringan resume telah berakhir, dan bukannya satu proses yang kritikal ketika atau semasa temuduga. Ianya adalah proses sebelum temuduga. Inilah sebabnya kebanyakkan majikan tidak ambil kisah mengenai resume yang disediakan ketika temuduga.
Mereka yang dipanggil dalam peringkat temuduga biasanya dipilih bersandarkan kepada:
- Lulus dalam peperiksaan online (untuk jawatan dalam Perkhidmatan Awam)
- Lulus ujian fizikal dan pancaindera (untuk jawatan tertentu dalam Perkhidmatan Awam)
- Kelayakan dari segi akademik dan pendidikan
- Resume yang ditulis dengan baik dan mudah dibaca
- Pengalaman (jika ada) relevan dengan jawatan yang dipohon
Tidak Melakukan Kajian
Ramai calon fresh graduate gagal dalam temuduga kerana sikap sambil lewa dan ambil mudah mengenai jawatan yang mereka pohon. Mereka tidak melakukan penyelidikan mengenai syarikat atau jabatan.Malah, ada yang tidak tahu siapa pengarah syarikat, siapa ketua jabatan atau dalam kes kerja dalam sektor awam, tidak tahu nama menteri yang mengelapai kementerian bagi perjawatan yang dipohon.
Ada calon yang tidak tahu mengenai skop dan bidang tugas jawatan yang dipohon, walhal ianya ada dinyatakan dalam iklan jawatan kosong sebelum calon memohon. Dan, ramai calon temuduga ini yang tidak mempunyai maklumat dan tidak mampu untuk menghuraikan bidang tugas yang terpaksa dipikul seandainya diterima kerja.
Tidak Bertanya
Hargai masa penemuduga. Apabila tiba waktu untuk bertanya, maka bertanyalah soalan yang tepat dan paling penting menunjukkan bahawa anda memerlukan jawatan yang disediakan.Penemuduga telah memberikan masa emas mereka untuk calon bertanyakan soalan.
Biasanya, di akhir temuduga, masa ini akan diberikan kepada calon temuduga.
Soalan yang boleh ditanya ialah:
- Bilakah keputusan temuduga akan dimaklumkan - menunjukkan anda serius.
- Adakah kerjaya anda berpotensi untuk berkembang - menunjukkan anda mahu meningkatkan kerjaya
Elakkan bertanya soal gaji, soal skop kerja atau bidang tugas, kerana semua ini sudah ada dalam iklan perjawatan. Ini sekali lagi menunjukkan calon tidak bersedia atau tidak menjalankan penyelidikan sendiri sebelum hadir ke temuduga.
Tips Untuk Diterima Bekerja
Persiapkan diri sebelum temuduga dengan perkara yang boleh memberikan nilai tambah kepada kelayakan. Antaranya, mempunyai lesen kenderaan, kemahiran menulis trengkas, kecekapan menaip, kebolehan menggunakan perisian komputer, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.Kemahiran tambahan ini boleh meningkatkan lagi keupayaan calon, lalu menjadi bonus apabila diminta oleh penemuduga untuk menjelaskan mengenai pengalaman dan kelebihan calon.
Usah cerita mengenai pembabitan dalam sukarelawan, kerana ia tidak ada kena mengena dengan skop kerja. Usah cerita pembabitan dalam unit beruniform, atau ada sijil kursus asas memasak yang memang bukan dalam skop perjawatan.
Pastikan apa yang ingin dijawab pada setiap pertanyaan penemuduga menjurus kepada jawatan. Ini penting.
Semoga info dan tips di atas bermanfaat untuk mereka yang bakal ditemuduga.
Mahu dapatkan lebih banyak tips dan rahsia untuk LULUS TEMUDUGA? Klik pautan disediakan di bawah:
[+] Rahsia Persiapan Temuduga Kerja