Anda pastinya tertanya-tanya bagaimanakah bentuk soalan bagi PSEE Pegawai Penguat Kuasa 2024. Sebagai salah seorang calon yang mahu lulus di dalam peperiksaan ini, anda ingin buat persediaan sebelum peperiksaan sebenar.
Contoh Soalan PSEE Pegawai Penguat Kuasa KP41
Biasanya, PSEE untuk jawatan ini akan melibatkan dua seksyen seperti di bawah. Ia merupakan peperiksaan online biasa untuk melihat samada calon mampu membuat keputusan dengan baik selain mempunyai kefahaman yang baik di dalam Bahasa Inggeris.
Peperiksaan online ini akan melibatkan dua seksyen utama iaitu:
- Seksyen A - Daya Penyelesaian Masalah
- Seksyen B - Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen A bakal memperlihatkan soalan-soalan berbentuk soalan matematik melibatkan operasi am seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Ia juga akan melibatkan pengiraan pecahan, peratus, nisbah dan seumpamanya.
Contohnya:
7 tan 29 kg – 3 tan 145 kg
A. 4 tan 84 kg
B. 4 tan 884 kg
C. 3 tan 84 kg
D. 3 tan 884 kg
Soalan akan menjadi semakin sukar apabila ada soalan daya penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan, contohnya persamaan kuadratik atau persamaan linear.
Contohnya:
Selesaikan persamaan kuadratik berikut:
(x + 2)2 = 2x + 7
A. 1
B. -1
C. 3
D. -3
Soalan akan ditanya samada dalam bentuk soalan yang direct, atau dalam bentuk pernyataan situasi.
Contohnya:
Anas membeli 50 kotak coklat dan setiap kotak mengandungi 215 biji gula-gula. Anas
kemudiannya membungkus semua gula-gula itu secara sama banyak ke dalam 25 paket.
Berapa biji coklatkah yang terdapat dalam setiap paket?
A. 325
B. 350
C. 425
D. 430
Amnya, seksyen A akan menyoal calon berkaitan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan seperti telah diterangkan, konsep matematik.
Seksyen B akan menguji calon mengenai kefahaman calon kepada beberapa aspek, samada kefahaman teks diberikan, penggunaan tatabahasa yang betul dan sebagainya.
Jika anda seorang yang mahir dalam Bahasa Inggeris, seksyen ini biasanya tidak menjadi masalah, dan ramai calon berjaya lulus dengan baik.
Cuma, ada calon sebelum ini mengatakan seksyen ini sukar apabila melibatkan olahan ayat yang seakan-akan sama maksud.
Seandainya anda merupakan calon peperiksaan online untuk Pegawai Penguatkuasa KP41, dan merasakan keperluan untuk mendapatkan sumber rujukan serta lebih banyak contoh-contoh soalan untuk seksyen A dan seksyen B, boleh gunakan rujukan khas di bawah ini:
[+]
Berita TERKINI untuk edisi Peperiksaan Online bagi jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41, TIADA lagi PSEE Seksyen seperti sebelum ini. Ujian online yang perlu dihadapi oleh calon cuma UJIAN PSIKOMETRIK !!
Maka, kami syorkan untuk gunakan rujukan di bawah sebagai bantuan persediaan peperiksaan online jawatan Pegawai Penguat Kuasa KP41.
Akses link tempahan di bawah:
Semoga berjaya.