20 Contoh Soalan Pelbagai Berkaitan Psikometrik

Ujian Psikometrik adalah penilaian mengenai minat, ujian bakat, sikap, kecenderungan dan psikologi. Kadangkala ujian ini turut diselitkan dengan soalan-soalan matematik asas untuk melihat samada calon berkemampuan untuk selesai masalah dalam tempoh masa ditetapkan.

Ujian ini kini dijadikan sebagai ujian wajib lulus bagi kebanyakkan pengambilan perjawatan dalam kerajaan. Calon yang terpilih akan dikehendaki menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik di sebuah laman web khas yang telah disediakan untuk Ujian Psikometrik ini.

Contoh-Contoh Soalan Berkaitan Psikometrik

Contoh Soalan Berkaitan Psikometrik

Ramai calon yang belum biasa dengan bentuk-bentuk soalan Ujian Psikometrik ini. Biasanya ujian ini merupakan satu bentuk ujian pantas yang diberikan banyak soalan.

Ianya bergantung dengan jawatan dan gred perjawatan permohonan calon.

Ada ujian yang memerlukan calon untuk menjawab sehingga 199 soalan, ada pula yang perlu menjawab cuma 50 soalan.

Soalan ada yang mudah dan senang, tetapi mempunyai pilihan jawapan yang boleh memerangkap calon. Ada pula agak sukar yang mengkehendaki calon untuk memilih set jawapan yang tepat.

Soalan mungkin akan ditanya samada dalam bentuk:
  1. Salah atau Benar
  2. Ya atau Tidak
  3. Mungkin atau Tidak Mungkin
  4. Percaya atau Tidak Percaya
  5. Setuju atau Tidak Setuju

Kadangkala ia berbentuk sehingga 3 pilihan jawapan:
  1. Salah, Benar atau Tidak Pasti
  2. Ya, Tidak atau Tidak Tahu
  3. Setuju, Tidak Setuju atau Berkecuali

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk PSEE

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik.

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan:

A) Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B) Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A) Waras fikiran (sensible)
B) Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A) Hidup tanpa arah tuju
B) Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A) Undang-undang berbanding kondisi
B) Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A) Memberi keyakinan
B) Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A) Masa yang tepat
B) Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara

A) Teliti
B) Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A) Terima maklumat awal
B) Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A) Fakta yang benar
B) Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A) Fakta dan isi yang benar
B) Analogi dan imaginasi rekaan





11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang sabar

A) Ya
B) Tidak

12. Anda membuat keputusan dengan logik, dan bukannya moral

A) Ya
B) Tidak

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara rawak

A) Setuju
B) Tidak setuju

14. Anda adalah seorang yang bersikap serius dan bercita-cita tinggi

A) Setuju
B) Tidak setuju

15. Apabila bergaul dengan orang ramai, anda lebih suka menunggu orang lain menghulur/memberikan salam

A) Setuju
B) Tidak setuju

16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.

A) Ya
B) Tidak

17. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.

A) Setuju
B) Tidak setuju

18. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.

A) Ya
B) Tidak

19) Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.

A) Ya
B) Tidak

20. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.

A) Ya
B) Tidak

Jika dilihat daripada contoh-contoh diberikan, ada jawapan yang disediakan nampak seperti kedua-dua atau kesemuanya benar.

Anda harus ingat, ujian ini dibuat untuk menilai personaliti anda samada sesuai dengan kerjaya atau jawatan kerja kerajaan yang dipohon. Maka, anda harus tahu apakah nilai yang penting untuk kerjaya anda tersebut.

Rujukan Khas Untuk Calon Hadapi Ujian Psikometrik

Rujukan Terbaru Contoh Soalan Terkini Psikometrik

Testimoni Rujukan Ujian Psikometrik 2022

Untuk lebih banyak contoh soalan Ujian Psikometrik, selain tips dan panduan untuk menjawab soalan-soalan ujian ini, anda disyorkan untuk mendapatkan pakej rujukan khusus UJIAN PSIKOMETRIK kerja kerajaan disediakan oleh pihak Tim Infokerjaya.

[+] Klik Sini Untuk Dapatkan Pakej Rujukan Ujian PSIKOMETRIK Terkini

Mereka adalah satu-satunya penerbit bahan rujukan untuk kerjaya dalam sektor awam yang mempunyai kredibiliti kukuh selain mempunyai ribuan testimoni kejayaan daripada calon-calon yang telah LULUS dengan menggunakan pakej rujukan yang disediakan.

Pakej Rujukan dan Contoh Soalan PSEE Ujian Psikometrik - Lulus

Seandainya anda terlibat dengan MANA-MANA UJIAN PSIKOMETRIK peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) menerusi SPA, rujukan inilah yang akan bantu anda buat persediaan rapi sebelum ujian sebenar.

Gunakan kesempatan ini. Tempah rujukan ini sekarang, klik link disediakan di bawah sebelum tempahan ditutup!

[+] Klik Sini Untuk Tempahan PSEE Ujian Psikometrik Terkini

Semoga berjaya dan selamat menelaah.