Sesi PSEE Latihan Separa Perubatan dibuat sebanyak dua kali dalam setahun, iaitu pada intake Januari dan juga Julai. Setiap calon yang memohon akan diminta untuk jalani PSEE Latihan Separa Perubatan sebelum ke peringkat temuduga. Calon wajib lulus PSEE jika mahu disenaraikan ke peringkat seterusnya.
PSEE Latihan Separa Perubatan 2021
Sekiranya anda merupakan calon yang dipanggil untuk PSEE Latihan Separa Perubatan, pastikan anda telah siap sedia dengan pemahaman format soalan terkini selain memastikan anda membuat latih-tubi contoh-contoh soalan berkaitan Separa Perubatan.
Persaingan yang tinggi untuk ke Latihan Separa Perubatan, samada untuk lulusan sijil, diploma dan juga ijazah telah menyebabkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga Kementerian Kesihatan berhati-hati memilih calon yang layak.
PSEE adalah merupakan salah satu langkah untuk penyikiran awal calon-calon yang tidak mendapat skor yang baik berkaitan pengetahuan am, pengetahuan khusus selain info dan pemahaman berkaitan perjawatan.
Buat Persediaan Untuk Hadapi Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Calon yang berjaya lulus di dalam PSEE Latihan Separa Perubatan seterusnya akan ditemuduga sebelum ditempatkan ke pusat latihan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah cabang-cabang dalam Latihan Separa Perubatan. Jika anda merupakan calon lulus PSEE ini nanti, anda berpeluang untuk mengikut Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma seperti berikut:
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat
- Latihan Juruterapi Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Untuk itu, jika anda merupakan calon dan mahu melakukan persediaan untuk hadapi peperiksaan online Latihan Separa Perubatan, boleh muat turun panduan berikut:
[+] Rujukan Pantas Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Semoga berjaya.