PSEE adalah merupakan peperiksaan secara online yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menyaring calon-calon awal bagi kemasukan ke perkhidmatan awam Malaysia. Ia adalah peperiksaan dan ujian wajib bagi kebanyakan perjawatan diiklankan SPA.
Rujukan Contoh Soalan PSEE Terkini untuk Pegawai Imigresen KP19
PSEE untuk Pegawai Imigresen KP19 akan melibatkan soalan-soalan yang berkaitan dengan perjawatan, pengetahuan am mengenai negara serta undang-undang berkaitan Imigresen selain soalan yang akan menguji daya penyelesaian masalah calon.
Untuk pengambilan tahun 2020, SPA telah mengumumkan prosedur baharu untuk pengambilan Pegawai Imigresen KP19 di mana ia akan melibatkan dua ujian atau peperiksaan online iaitu PSEE dan juga Ujian Psikometrik sebelum calon dipanggil ke ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan.
Ini adalah untuk memenuhi kehendak deskripsi tugas bagi KP19:
Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
15 Contoh Soalan PSEE Pegawai Imigresen Gred KP19
Bersandarkan kepada maklumat di atas, maka soalan-soalan PSEE Pegawai Imigresen KP19 berkemungkinan adalah seperti contoh-contoh soalan diberikan di bawah:
1. Apakah urusniaga yang dijalankan di kaunter Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan?
i) Perkara yang melibatkan tinggal lebih masa sebelum 1 Januari 2020 (serah diri)
ii) Perkara yang melibatkan anak kepada warga asing yang lahir di Malaysia
iii) Kes kehilangan passport warga asing
iv) Bayaran kompaun
A. Semua di atas
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i, iii dan iv
2. Apakah URL atau alamat laman web untuk Sistem Temujanji Online (STO) Jabatan Imigresen?
A. www.imi.gov.my/STO
B. www.imi.sto.gov.my
C. www.sto.imi.gov.my
D. www.sto.gov.my
3. Apakah dimaksudkan dengan eksploitasi mengikut Seksyen 2, Akta Anti-pemerdagangan orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007?
A. Segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.
B. Segala bentuk eksploitasi melibatkan perkhidmatan paksa, perhambaan serta pemindahan organ manusia yang menyalahi undang-undang Malaysia.
C. Segala bentuk eksploitasi melibatkan manusia, namun tidak termasuk perhambaan, pengabdian dan perkhidmatan paksa.
D. Eksploitasi melibatkan warga negara asing yang masuk ke Malaysia secara sah dan tidak sah, samada digunakan untuk tujuan pekerjaan atau lain yang menyalahi undang-undang.
4. Apakah dimaksudkan dengan Pemerdagangan Orang secara TEPAT mengikut terma digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia?
A. Bermaksud jual-beli manusia secara tidak sah dan melanggar undang-undang di Malaysia, ini termasuklah pemindahan orang manusia.
B. Bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pengambilan tenaga kerja secara tidak sah atau secara paksaan termasuklah perbuatan merekrut, melindungi dan penyediaan perkhidmatan - melindungi, menyediakan, menerima warga asing.
C. Bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi
D. Bermaksud meniagakan orang untuk tujuan pengambilan kerja secara tidak sah sahaja.
5. Negara manakah di antara berikut yang TIDAK dibenarkan sebagai pembekal untuk pengambilan warga asing sebagai pembantu rumah di Malaysia?
A. Indonesia
B. India
C. Vietnam
D. Kemboja
6. Permit Masuk merupakan suatu dokumen yang membenarkan seseorang warganegara asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan tinggal di Malaysia. Permohonan Permit Masuk adalah terbuka kepada individu yang bukan bertaraf warganegara Malaysia (warganegara asing) yang ingin berada dan menetap di Negara ini.
Di antara berikut, manakah golongan yang TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan Permit Masuk?
A. Kategori Suami/Isteri/Anak umur bawah 18 tahun kepada warganegara.
B. Kategori Sistem Mata yang digunakan Jabatan Imigresen Malaysia.
C. Kategori Pelabur (High Net Worth Individual).
D. Kategori Pekerja Berkemahiran Tinggi untuk Perkhidmatan Sosial dan Hiburan.
7. Program 'Work & Holiday Visa Program' adalah salah satu program istimewa yang memberikan peluang kepada generasi muda negara asing untuk melancong sambil bekerja sambilan di Malaysia. Negara manakah yang terbabit dengan program ini?
A. Jepun
B. New Zealand
C. Australia
D. Korea Selatan
8. Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 15(1)(c) akta yang sama.
A. Betul
B. Salah
9. Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM5,000.00 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan tinggal di Malaysia setelah pas/permit tamat atau dibatalkan.
A. Betul
B. Salah
10. Pas Sempadan Malaysia - Thailand adalah dokumen yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja. Had perjalanan pas ini sah untuk perjalanan dari negeri-negeri di sempadan Malaysia ke selatan Thailand, meliputi kawasan atau wilayah berikut KECUALI:
A. Satun
B. Pattani
C. Phuket
D. Yala
Pun begitu, menurut SPA, sesi PSEE Imigresen KP19 bagi tahun 2020, hanya seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris yang akan ditanya.
Berikut pula adalah antara contoh soalan daya penyelesaian masalah untuk PSEE Pegawai Imigresen KP19 ...
11. Sebuah syarikat yang mempunyai 80 orang pekerja. 25 peratus adalah pekerja pengurusan dan 15 peratus daripadanya adalah pekerja atasan yang terdiri dari warganegara Malaysia. Selebihnya adalah pekerja warga asing. Berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di syarikat ini?
A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang
12. Di dalam sebuah serbuan Imigresen untuk menahan warga asing, tangkapan telah dibuat membabitkan 49 orang, 3/7 daripada warga asing tersebut adalah lelaki. Didapati 25% daripada warga asing wanita dalam tangkapan tersebut tidak mempunyai dokumen yang sah kerana tinggal lebih masa. Hitungkan bilangan warga asing wanita yang telah tinggal lebih masa ini.
A. 9 orang
B. 8 orang
C. 7 orang
D. 5 orang
13. Ahmad seorang warga asing bekerja di Malaysia mempunyai wang simpanan sebanyak RM25,000 dan menggunakan 1/20 sebagai modal perniagaan jualan burger untuk mencari pendapatan tambahan. Setelah sebulan berniaga beliau memperolehi keuntungan sebanyak 3 kali harga modal tersebut. Berapakah jumlah keuntungan yang diperolehinya?
A. RM 2,500
B. RM 1,250
C. RM 5,000
D. RM 3,750
14. Sugu memerlukan 1 meter tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?
A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m
15. Firdaus mempunyai tiga beradik yang kesemuanya bekerja di Malaysia. Umur Firdaus adalah separuh daripada umur abangnya. Umur adik Firdaus pula adalah 8 tahun kurang daripada umur Firdaus. Jika purata umur mereka bertiga adalah 16 tahun, berapakah umur abang Firdaus.
A. 28 tahun
B. 30 tahun
C. 32 tahun
D. 34 tahun
Untuk seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, PSEE KP19 akan melibatkan soalan-soalan yang disertakan dengan satu atau lebih perenggan ringkas berkaitan topik tertentu. Soalan-soalan akan ditanya bersandarkan kepada pemahaman calon terhadap petikan yang disertakan.
Soalan seksyen ini juga akan menguji calon dari segi pengetahuan tatabahasa iaitu mengenai penggunaan kata hubung, kata ganti dan sebagainya.
Untuk membolehkan anda membiasakan diri dengan pelbagai bentuk format soalan PSEE Pegawai Imigresen KP19 ini, bolehlah gunakan pakej rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya di bawah ini:
Pakej rujukan PSEE Pegawai Imigresen KP19 ini memfokuskan untuk membantu persediaan pantas exam anda dengan 90++ mukasurat penuh dilengkapi dengan 80 soalan dan jawapan setiap seksyen penilaian. Anda juga akan dibekalkan dengan nota-nota ringkas untuk persediaan pantas anda!
Ia merupakan pakej rujukan yang terbaik dan terbukti telah membantu ramai calon PSEE sebelum ini.
Jika serius untuk lulus dalam peperiksaan online ini, gunakan kelebihan ini, buatlah persediaan dengan pakej rujukan terkini yang telah disediakan khusus untuk 2020.