Jika sebelum ini ujian Psikometrik adalah sebahagian seksyen yang terdapat di dalam peperiksaan PSEE, tetapi sekarang ujian ini diasingkan dan dijadikan sebagai ujian utama untuk perjawatan dalam kerja kerajaan.
Bentuk Soalan Ditanya Dalam Ujian Psikometrik
Menurut skop dan sukatan peperiksaan yang telah diberikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, ujian Psikometrik ini akan menilai calon-calon yang telah ditapis pada peringkat pemilihan kelayakan akademik serta permohonan atas kapasiti berikut:- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi
- Disiplin
Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Personaliti
Ujian Psikometrik akan menilai samada calon yang terpilih adalah mempunyai personaliti yang menarik dan sesuai dengan tugas serta tanggungjawab yang berkaitan dengan perjawatan. Contoh soalan ujian Psikometrik berkaitan personaliti:Jika anda menerima undangan ke majlis rasmi kerajaan, adakah anda akan:
Adakah anda suka bersolek apabila ke pejabat?
Tidak
Memakai jam tangan berjenama adalah menunjukkan keyakinan.
Saya ada masalah dengan majlis keramaian yang besar.
Tidak pasti
Saya percaya kepada kepentingan seni dalam kehidupan.
Tidak pasti
Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Motivasi
Motivasi penting bagi memastikan setiap tugas yang diberikan dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Apatah lagi apabila calon perlu menjalankan tugas dalam tekanan kerja. Majikan pastinya mahukan calon yang mampu memotivasikan diri untuk terus menjalankan tugasan dengan sangat baik.Adakah anda percaya hobi penting untuk kemajuan kerjaya?
Tidak pasti
Percutian memberikan anda satu kelegaan terhadap tugas dan tanggungjawab.
Tidak pasti
Salah seorang ahli keluarga terdekat anda sakit tenat. Adakah ia akan mengganggu penumpuan terhadap tugasan anda?
Tidak pasti
Pemberian hadiah sempena harijadi akan membantu anda bekerja lebih berfokus?
Adakah gaji menjadi penentu anda memilih kerjaya yang anda mahukan?
Tidak pasti
Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Kejujuran
Menjawat jawatan di dalam sektor awam memerlukan anda berlaku jujur. Ia penting untuk sebuah institusi yang mementingkan ketelusan dalam memenuhi aspirasi kerajaan. Pihak SPA pastinya mahu memilih calon jawatan yang berlaku jujur, bukan setakat pada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi. Antara contoh soalan ujian Psikometrik berkaitan kejujuran adalah:Pasangan anda membelikan sebutir cincin yang mahal, tetapi anda tidak menyukainya. Adakah anda akan memberitahunya:
"Cantiknya, tetapi saya fikir ada bentuk lain yang lebih menarik"
"Terima kasih, saya sangat suka"
Menelefon semula selepas anda kurang sibuk
Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Kestabilan Emosi
Emosi berkait rapat dengan tindakan yang akan dibuat. Sesetengah tindakan itu memerlukan calon mempergunakan emosi untuk mendapat penyelesaian yang tepat. Namun, bukan semua keputusan itu memerlukan pembabitan emosi dalam merungkai masalah. Berikut adalah contoh soalan berkaitan dengan kestabilan emosi:Saya cuba menghindari atau mengelak situasi yang menyedihkan.
Ya
Jika saya diminta untuk memberikan 3 kekuatan diri yang ada pada saya, saya sukar untuk menyenaraikannya.
Ya
Saya suka belajar perkara-perkara baharu.
Ya
Saya tetap akan menyuarakan pendapat walaupun saya sedar ia mungkin tidak dipersetujui orang lain.
Benar
Adakalanya benar
Benar
Adakalanya benar
Contoh Soalan Psikometrik - Ujian Disiplin
Seorang penjawat awam seharusnya seorang yang berdisiplin, mengikuti peraturan dan undang-undang serta etika kerja yang telah ditetapkan. Ujian Psikometrik turut menanyakan soalan-soalan berkaitan disiplin untuk memastikan calon yang berjaya adalah seorang yang memahami kepentingan sentiasa menjaga disiplin diri terutama di tempat kerja.Berkaitan kerja, saya lebih suka kepada persekitaran kerja:
Dikelilingi dengan persekitaran hijau dan segar
Tempat yang terhad dan agak sempit
Saya lebih suka menjalankan tugasan:
Di luar bangunan/kawasan terbuka
Di rumah
Memperbaiki peralatan elektrik atau perabot yang rosak
Mengemas rumah
Secara amnya, soalan-soalan yang ditanya menerusi ujian Psikometrik agak mudah untuk dijawab. Ianya tidak melibatkan soalan-soalan yang terlalu rumit, malah kebanyakkannya adalah berkenaan diri anda.
Jika anda mampu menampilkan perkara positif di dalam menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik, anda berkemungkinan besar akan lulus dengan jayanya. Tetapi, ujian Psikometrik ada tricks tersendiri. Itu sebab ia menjadi antara cara SPA menyingkirkan calon.
Setiap calon ada kelemahan dari segi personaliti, motivasi, kejujuran, integriti, kebolehan sosial, kestabilan emosi dan juga disiplin. Tersilap langkah, calon yang menduduki ujian ini akan gagal walaupun berada pada perbezaan satu markah dalam penilaian.
Untuk memperlengkapkan diri dengan ujian Psikometrik sebenar, calon sepatutnya dan seharusnya membuat latihan yang banyak dengan menjawab soalan-soalan berkaitan Psikologi terutama berkaitan kerja dalam sektor awam.
Calon yang ingin lulus perlu fahami dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan ujian Psikometrik. Ambil waktu dan masa untuk pratikkan tips ini sebelum ujian sebenar. Persiakan peluang untuk buat latih-tubi, bermakna anda membiarkan peluang kerjaya dalam kerajaan terlepas kepada calon lain.
Oh ya, ingin tahu bentuk soalan-soalan Psikometrik melibatkan soalan-soalan matematik? Gunakan rujukan di bawah ini: