Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) amat strict memilih calon yang sesuai untuk jawatan kerja kerajaan. Jadi, pemilihan anda untuk hadiri temuduga yang dikelolakan oleh SPA bukan dipilih secara rawak, tetapi telah melalui proses tapisan yang teliti.
Seleksi 30 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
Berikut kami sediakan sebanyak lebih daripada 30 soalan-soalan temuduga kerja yang popular dan sering ditanya. Anda buatlah persediaan rapi dengan membuat latihan simulasi temuduga kerja. Minta bantuan rakan, sahabat, adik-beradik atau sedara-mara bagi menjadi penemuduga dengan bertanyakan soalan-soalan temuduga di bawah ini.
17 Soalan Asas Temuduga
- Ceritakan tentang diri anda.
- Apakah kelebihan diri anda? (strength)
- Apakah kekurangan diri anda? (weakness)
- Mengapa anda inginkan jawatan ini?
- Apakah yang ingin anda capai dalam karier anda sebagai seorang penjawat awam dalam 5 tahun akan datang?
- Apakah jabatan yang ideal dengan jawatan anda ini?
- Mengapakah anda tertarik dengan jawatan ini?
- Mengapakah anda fikir kami patut memilih anda untuk jawatan ini?
- Apakah perkara yang anda gemar terhadap kerjaya anda sebelum ini?
- Mengapakah anda berasa tidak puas hati dengan pekerjaan anda sebelum ini?
- Apakah kelebihan yang ada pada diri anda dan tidak ada pada orang lain?
- Apakah tugas serta tanggungjawab anda dalam pekerjaan anda sebelum ini?
- Mengapakah anda meninggalkan kerja lama?
- Sejauh mana pengetahuan anda tentang jabatan ini?
- Apakah yang anda tahu tentang misi dan tanggungjawab kementerian ini?
- Adakah anda bersedia sekiranya dipindahkan tempat kerja?
- Anda ada apa-apa soalan untuk kami?
16 Soalan Asas Berkaitan Sikap
- Apakah projek terakhir yang anda jalankan di tempat kerja lama. Bagaimana pencapaian projek tersebut?
- Berikan contoh masa selain waktu kerja yang boleh anda hadir untuk bekerja
- Bilakah hasil kerja anda boleh dikritik?
- Adakah anda pernah berada di dalam kumpulan kerja yang mempunyai ahli lelap? Jika ya, bagaimana anda mengendalikannya?
- Bilakah anda berasa sukar untuk memberi maklum-balas? Terangkan bagaimana anda mengendalikannya.
- Apakah kegagalan terbesar anda dan apakah yang dapat anda pelajari daripadanya?
- Bagaimanakah cara untuk anda bekerja dengan orang yang tidak menyenangkan anda?
- Jika saya merupakan supervisor anda dan saya mengarahkan anda melakukan sesuatu yang anda tidak setuju, apakah tindakan anda?
- Apakah perkara paling sukar dalam hidup anda dan bagaimanakah anda mengendalikannya?
- Berikan saya satu contoh kesilapan yang mungkin anda lakukan dan bagaimana anda mengendalikannya?
- Kongsikan dengan kami konflik yang anda pernah hadapi di tempat kerja dan bagaimana anda mengendalikannya?
- Jika ketua jabatan ini melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, apakah tindakan anda?
- Jika anda sedang berada dalam jamuan tengah hari dan memesan menu yang jarang dipesan, apakah tindakan anda?
- Tugasan apakah yang paling susah buat anda dan bagaimana anda mengendalikannya?
- Apakah keputusan yang paling sukar yang pernah anda ambil dalam masa 2 tahun lepas dan bagaimana anda mengendalikannya?
- Bagaimana anda ingin menyelesaikan tugas yang banyak dan mustahil untuk anda selesaikan sebelum pulang kerja?
4 Soalan Asas Berkaitan Gaji
- Anda tahu berapa gaji dan elaun yang bakal anda akan terima?
- Berapakah gaji anda dalam pekerjaan lama anda?
- Adakah anda rasa gaji yang anda akan terima mampu membolehkan anda memberikan perkhidmatan terbaik?
- Adakah anda fikir tangga gaji sekarang berkadaran dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini?
Pakej Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Untuk membolehkan anda melakukan persiapan lebih mantap untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan, tak kiralah untuk jawatan rendah atau gred yang lebih tinggi, boleh gunakan panduan serta tips yang disediakan dalam pakej rujukan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah ini.
[+] Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Ia merupakan rujukan yang telah bantu ramai calon sebelum ini untuk melakukan persediaan sebelum, semasa dan selepas temuduga.
Malah, ramai yang berjaya lulus dan mendapatkan kerjaya pilihan mereka setelah mengaplikasikan segala tips dan info berkaitan temuduga kerja kerjaan dalam pakej rujukan ini.
Jika anda serius nak pastikan anda benar-benar bersedia selain mengetahui cara betul untuk beinteraksi dan menjawab soalan temuduga kerjaya Perkhidmatan Awam ... maka muat-turun pakej rujukan ini bagi membantu anda kelak.
[+] Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Jangan persiakan peluang yang telah diberikan. Ini pilihan anda.