Pakej Rujukan Serta Contoh Soalan Exam Pembangunan Masyarakat S29

Ada yang terlibat dengan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29? Menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), satu peperiksaan online untuk jawatan ini akan diadakan tidak lama lagi.

Kepada anda yang dipanggil untuk menjalani peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSEE) untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29, kami di iKerjaya Graduan mengucapkan tahniah dan syabas.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Sepertimana peperiksaan PSEE jawatan lain menerusi permohonan di SPA, setiap calon yang terpilih wajib untuk lulus dalam peperiksaan online ini untuk ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga. Jadi, kepada anda yang tercalon untuk PSEE ini, anda kena pastikan persediaan secukupnya untuk hadapi peperiksaan.

Tak mudah nak lulus jika tiada persediaan rapi dilakukan. Ramai yang gagal pada peringkat peperiksaan online SPA kerana gagal mempersiapkan diri dengan format dan bentuk soalan terkini yang akan ditanya.

Format peperiksaan online SPA sentiasa berubah. Anda tidak boleh menggunakan rujukan yang diterbitkan pada tahun lepas, atau tahun-tahun sebelum ini sebagai panduan untuk menjawab. Ia dah ketinggalan.

Pihak SPA sentiasa mengemaskini format peperiksaan bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja yang akan ke peringkast seterusnya. Ia juga berdasarkan kepada kehendak pihak Kementerian atau Jabatan yang menyediakan kekosongan tersebut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

Rujukan Contoh Soalan Pembangunan Masyarakat

Sebagai panduan ringkas, berikut adalah antara contoh-contoh soalan PSEE untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29.

1. Pada suatu hari, Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis.

Dalam keadaan ini mengikut petikan undang-undang seperti di atas, Y adalah:

A. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran
D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.

Jawapan: C

Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

Anda sudah nampak bagaimana soalan pecahan sebegini ditanya? Sedikit mengelirukan tetapi jika anda teliti dan tulis isi penting terlebih dahulu, kekeliruan dapat dikurangkan.

2. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36

Jawapan: A

Pengiraan: 90% daripada 40 orang mengambil peperiksaan bersamaan dengan 36 orang. Hanya 3/4 sahaja yang lulus daripada 36 orang tersebut. Ini adalah bersamaan dengan 27 orang sahaja yang lulus. Jadi, jawapan yang tepat adalah A.


Fahami Setiap Pecahan Seksyen Peperiksaan

Peperiksaan online akan melibatkan beberapa pecahan seksyen, secara amnya ia akan melibatkan Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan akhir Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Untuk membantu calon yang terlibat dengan PSEE, kami bersama Tim Infokerjaya telah menyediakan satu pakej rujukan peperiksaan ini yang boleh digunakan sebagai persediaan untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat gred S29.

Seandainya anda berminat, boleh dapatkan pakej rujukan tersebut menerusi pautan di bawah ini:



Pakej ini disediakan dalam bentuk pecahan seksyen, sesuai dengan FORMAT TERKINI peperiksaan semasa.

Semua pakej yang terdapat dalam rujukan ini disertakan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan PSEE mengikut format SPA, dan juga disertakan beberapa tips peperiksaan bagi membantu anda mencapai keputusan LULUS dalam PSEE.

Gunakan rujukan ini sebagai persediaan anda. Jangan ambil mudah. Serius mahu lulus maka pastikan anda baca semua tips yang disediakan, dan buat latih-tubi soalan-soalan yang telah disediakan.

Buat tempahan anda sekarang di bawah, ini adalah EDISI TERKINI.

[+] Klik Sini Untuk Ke Laman TEMPAHAN PAKEJ RUJUKAN

Selamat menjawab dan semoga berjaya dalam peperiksaan ini kelak.