10 Contoh Soalan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah PSEE

Salah satu komponen yang biasa ditanya dalam Peperiksaan Online Kemasukan Perkhidmatan Awam (PSEE) adalah Seksyen Daya Penyelesaian Masalah. Soalan dalam seksyen ini biasanya merupakan soalan-soalan matematik asas sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Soalan seksyen ini ada waktunya ditanya dalam bentuk soalan direct, melibatkan rumus matematik dan adakalanya ditanya dalam bentuk soalan keterangan atau perenggan ayat. Sekali lagi, bentuk dan format soalan seksyen ini bergantung pada gred jawatan.

Contoh Soalan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah Peperiksaan PSEE

Contoh Soalan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah PSEE SPA
Berikut adalah antara contoh-contoh soalan seksyen Daya Penyelesaian Masalah.

1. Diberi a - 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.
  • A. 10
  • B. 8
  • C. 1/8
  • D. - 10

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
  • A. 10Q + 5P = 22
  • B. 50P + Q = 22
  • C. 10P + Q = 22
  • D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
  • A. 11
  • B. 13
  • C. 15
  • D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?
  • A. 55
  • B. 50
  • C. 40
  • D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
  • A. 4 tahun
  • B. 3.5 tahun
  • C. 5 tahun
  • D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?
  • A. RM 10.00
  • B. RM 9.00
  • C. RM 8.50
  • D. RM 9.50

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?
  • A. 2.7%
  • B. 3/4
  • C. 0.013
  • D. 16/45

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.
  • A. 0.25 liter
  • B. 0.26 liter
  • C. 1.28 liter
  • D. 2.6 liter

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
  • A. 2.05
  • B. 5.55
  • C. 8.45
  • D. 10.55

10. x(x-2y)-(y-x)2 =
  • A. –y2
  • B. 2x2-y2
  • C. 2xy-y2
  • D. -2xy-y2

Bagaimana? Daripada contoh-contoh soalan diberikan di atas, bolehkah anda menjawabnya dalam tempoh masa ditetapkan?

Ya, kekangan masa adalah antara penyebab ramai calon peperiksaan online SPA gagal. Mereka termanggu-manggu dan kurang bersedia dengan bentuk serta format soalan seksyen sehingga banyak masa dihabiskan hanya untuk membaca dan memahami soalan.

Maka, sangat penting calon yang dipanggil untuk PSEE melakukan persediaan sebelum peperiksaan berlangsung.


Tips Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

Antara tips terbaik adalah dengan melakukan banyak ulangkaji melibatkan soalan-soalan matematik peringkat menengah. Ingat kembali persamaan-persamaan matematik yang penting dan buat nota ringkas agar mudah untuk dirujuk semasa peperiksaan berlangsung.

Gunakan sumber rujukan peperiksaan yang memberikan info dan maklumat berkaitan seksyen Penyelesaian Masalah, dan pastikan anda benar-benar faham bagaimana bentuk soalan yang akan disoal.

[Baca] Tips Cara Nak Lulus PSEE SPA

Untuk memudahkan calon yang terlibat dengan peperiksaan ini, boleh gunakan rujukan di bawah inii:

Contoh Soalan Seksyen Penyelesaian Masalah

Untuk mendapatkan rujukan ini, boleh terus ke link berikut: http://jvsecurepay.com/affiliates/seksyen/2624

Pastikan anda mendapatkan pakej rujukan yang bersesuaian dan buatlah persediaan seperti sepatutnya. Jangan ambil mudah kerana jika tidak .. ia akan mudah mengecewakan.

Ingat ya. Anda bakal menggembirakan ramai orang apabila anda berjaya Lulus nanti.