15 Contoh Soalan PSEE Latihan Separa Perubatan (Taraf Diploma)

15 Contoh Soalan PSEE Latihan Separa Perubatan. Anda calon yang dipanggil? Tak tahu bentuk soalan yang bakal ditanya dalam PSEE Latihan Separa Perubatan? Mahu buat persediaan rapi sebelum peperiksaan? Mahu lulus?

Menerusi post kali ini, kami akan kongsikan 15 contoh soalan-soalan peperiksaan PSEE  Latihan Separa Perubatan, yang disertakan dengan jawapan.

15 Contoh Soalan Peperiksaan Online (PSEE) Separa Perubatan (Taraf Diploma)

Contoh Soalan Peperiksaan Online (PSEE) Separa Perubatan (Taraf Diploma)

1. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang Dipertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

2. Pernyataan diatas adalah benar mengenai Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS) KECUALI

A. Mengawal harga beras di Malaysia
B. Meluluskan lesen penanaman padi
C. Menjual padi secara borong dan runcit
D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

3. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah

A. 1976
B. 1977
C. 1987
D. 1992

4. Senarai di bawah adalah kuasa yang terdapat dalam Majlis Raja-Raja kecuali

A. Mempertimbangkan hal berkaitan dasar negara
B. Mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang
C. Menyuarakan pendapat berkaitan agama islam
D. Menyemai hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

5. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV


6. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

7. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

8. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

9. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

10. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai piramid makanan

A. Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama.
B. Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.
C. Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.
D. 1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

11. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV

12. Bagaimanakah kencing tikus boleh berjangkit pada manusia?

I. Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II. Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III. Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV. Menerusi air kencing binatang secara langsung.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

13. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada

A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

14. Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?

A. Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B. Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C. Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D. Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma

15. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah

I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. Tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV


Jawapan Contoh Soalan

Berikut adalah jawapan kepada contoh-contoh soalan PSEE Latihan Separa Perubatan yang diberikan di atas. Boleh semak samada jawapan anda betul atau tidak.

  1. Jawapan : B
  2. Jawapan : D
  3. Jawapan : B
  4. Jawapan : B
  5. Jawapan: D
  6. Jawapan: C
  7. Jawapan: D
  8. Jawapan: A
  9. Jawapan: C
  10. Jawapan: D
  11. Jawapan: C
  12. Jawapan: A
  13. Jawapan: D
  14. Jawapan: D
  15. Jawapan: C

Mahukan lebih banyak contoh-contoh soalan untuk persediaan peperiksaan online (PSEE) Latihan Separa Perubatan? Gunakan pakej rujukan di bawah ini:

[+] Klik Sini Untuk Lebih Dapatkan Contoh Soalan PSEE Terkini Latihan Separa Perubatan

Pakej rujukan ini boleh anda tempah secara online untuk tempoh terhad. Ia mengandungi contoh-contoh soalan disusun mengikut format terkini PSEE SPA. Elakkan guna rujukan yang dah lapuk.


Nak tahu format terkini exam ini, pastikan anda rujuk kepada pakej rujukan ini. Ada penerangan lengkap mengenai format terkini selain bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya.

[+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/separa-perubatan/2624

Semoga selamat menempuh peperiksaan online ini nanti. Dengan persediaan yang padu, in Sha Allah, ia akan memudahkan anda kelak.