Rujukan Untuk Calon Nak Lulus Psikometrik Penguasa Kastam WK41

Ujian Psikometrik. Ujian ini sudah menjadi antara kekangan awal untuk calon-calon yang memohon masuk kerja jawatan dalam kerajaan. Ujian Psikometrik sudah menjadi ujian wajib lulus. Calon yang gagal di dalam tapisan awal ini, mungkin tidak akan berkesempatan untuk ke peringkat seterusnya kelak.

Salah satu jawatan terkini yang memerlukan calon lulus ujian Psikometrik ini adalah Penguasa Kastam WK41. Jawatan ini melibatkan banyak tugas-tugas penting yang membawa kepada pendapatan negara.

Persediaan Lulus Ujian Psikometrik Penguasa Kastam WK41

Psikometrik Penguasa Kastam WK41
Jika anda dipanggil untuk ke tapisan awal jawatan Penguasa Kastam WK41, perkara yang paling penting perlu anda tahu ialah deskripsi tugasan jawatan ini.

Info Deskripsi Penguasa Kastam WK41

Berikut dikongsikan deskripsi tugas Penguasa Kastam Gred WK41 termasuk jadual gaji minimum dan maksimum sebagai rujukan pengetahuan am. Di antara tanggungjawab dan skop kerja Penguasa Kastam Gred WK41 adalah seperti berikut:

  1. Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 
  2. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen. 
  3. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan. 
  4. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.

Gaji Penguasa Kastam

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Penguasa Kastam Gred WK41 adalah seperti di bawah:

  • Gaji Minimum: RM 2,094.00
  • Gaji Maksimum: RM 9,585.00
  • Kadar Kenaikan Gaji: RM 225.00 setiap tahun

Jawatan ini adalah antara jawatan yang hot dan mendapat perhatian ramai lepasan ipt dan graduan ijazah.

Rujukan Ujian Psikometrik untuk Penguasa Kastam WK41

Saingan memang sengit. Oleh sebab itu, ramai yang mencari rujukan dan panduan untuk lulus dalam ujian tapisan awal ke jawatan ini, iaitu Ujian Psikometrik WK41. Mereka mahu pastikan diri mereka cukup bersedia untuk menjawab pelbagai jenis soalan ujian psikometrik.

Jika anda salah seorang calon yang terpilih untuk hadapi Ujian Psikometrik ini, kami ada sediakan rujukan untuk bantu calon seperti anda melakukan persediaan rapi sebelum ujian ini.
Rujukan Ujian Psikometrik untuk Penguasa Kastam WK41

Rujukan ini telah digunakan ramai calon kerja kerajaan sebelum ini. Ia merupakan rujukan Ujian Psikometrik paling terkini yang disertakan contoh-contoh soalan untuk persediaan calon Penguasa Kastam WK41.


Klik pautan di atas untuk akses segera.