Set 40 Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Set soalan peperiksaan online jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 tahun 2017. Ada yang nak tahu? In Sha Allah, dalam post kali ini, anda boleh melihat set soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 bagi seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah yang telah dikeluarkan kepada calon-calon exam November 2017.

Set soalan Seksyen B, peperiksaan online PTD pada November 2017 ini mengandungi 40 soalan sebenar yang ditanya kepada calon untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41. Kesemua soalan adalah soalan objektif dengan diperuntukan pilihan jawapan. Namun, dukacita set soalan ini tidak disertakan dengan jawapan.

Set Soalan Seksyen B - Daya Menyelesaian Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Set Soalan Seksyen B - Daya Menyelesaian Masalah Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Set soalan seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah ini mengandungi 40 soalan sebenar tanpa diperuntukan jawapan sebenar. Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk calon peperiksaan online PTD sesi Mei 2019 adalah menjadikan set soalan seksyen B ini sebagai latih-tubi sebelum peperiksaan sebenar.

Kebanyakan soalan dalam seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah adalah merupakan soalan matematik yang ditanya dalam dua bentuk, iaitu secara direct questions dan juga indirect questions. Jadi, calon perlu membaca dengan teliti dan memahami permasalahan yang diutarakan.

Soalan Penyelesaian Masalah Seksyen B PTD 2017

Berikut adalah 40 soalan Seksyen B, yang telah digunakan dalam peperiksaan online PTD pada Novermber 2017.

1 ) 9, 81, 729, 6561, (2x + 47849). Nilai X ialah

A ) 5,600
B ) 11,200
C ) 23,924
D ) 59,049



2 ) Panjang sisi sebuah taman permainan kanak-kanak yang berbentuk segitiga bersudut tegak adalah dalam nisbah 3:4:5 dan ukuran kelilingnya ialah 180m.

Cari luas taman itu dalam meter persegi.

A ) 2700
B ) 2250
C ) 1687
D ) 1350


3 ) Luas suatu permukaan objek berbentuk segiempat sama ialah 1296 sentimeter persegi. Jika didapati luas imej segiempat sama itu berukuran 324 sentimeter persegi, apakah skala pembesarannya?

A ) 1/2
B ) 1/3
C ) 1/4
D ) 1/5


4 ) Satu ujian mengesan jenis darah telah dilakukan ke atas sekumpulan pelajar. Data yang terkumpul adalah seperti berikut:

A , B , B , AB , AB , B , O , O , AB , O , B , A,
AB , A , O , O , AB , B , O , A , AB , O , B , A

Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian bahawa beliau bukan tergolong dalam kumpulan darah O?

A ) 6 / 24
B ) 7 / 24
C ) 17 / 24
D ) 18 / 24


5 ) Sebuah bakul mengandungi 10 helai tuala biru, 15 helai tuala kuning, 18 helai tuala hijau dan beberapa helai tuala ungu. Jika satu tuala diambil secara rawak kebarangkalian mendapat tuala kuning ialah 1/4, maka cari kebarangkalian mendapat tuala bukan biru?

A ) 2/3
B ) 5/8
C ) 4/9
D ) 5/6


6 ) Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut?

A ) 84 cm
B ) 32.25 cm
C ) 21 cm
D ) 5.25 cm


7 ) Terdapat sebuah tangki kosong berbentuk kuboid dengan 900cm panjang, 400cm lebar dan 500cm tinggi. Seorang pekerja telah mengisi 60% tangki itu dengan diesel. Hitung isi padu diesel (dalam cm3) yang terdapat di dalam tangki itu?

A ) 1.08 x 109
B ) 1.08 x 108
C ) 6.8 x 107
D ) 9.6 x 108


8 ) 3, 7, 4, 3, 3, 9, 6
Apakah median bagi set nombor yang diberikan?

A ) 3
B ) 4
C ) 7
D ) 9


9 ) Manakah antara berikut merupakan nombor yang boleh ditolak daripada 3535 dan akan memperolehi kuasa dua sempurna?

A ) 59
B ) 54
C ) 47
D ) 35


10 ) Badrul menaiki lif dari lobi ke tingkat 10. Semasa dalam tempoh tersebut lif telah berhenti 4 kali dengan purata masa yang diambil setiap kali berhenti ialah 45 saat. Purata kelajuan pergerakan lif ialah 5km/j. Berapakah masa yang diambil untuk Badrul sampai ke destinasinya jika ketinggian setiap tingkat adalah 4 meter?

A ) 4 minit 28 saat
B ) 4 minit 12 saat
C ) 3 minit 29 saat
D ) 3 minit 48 saat


11 ) Diberi bahawa p berubah secara langsung dengan (q2 +3) dan p = 10 apabila q = 1. Hitung nilai p jika q = 5.

A ) 14
B ) 28
C ) 50
D ) 70


12 ) Nisbah bilangan buah durian kepada buah nanas ialah 3:8. Cari jumlah kesemua durian dan nanas itu jika jumlah buah nanas ialah 320 biji.

A ) 120
B ) 320
C ) 440
D ) 960


13 ) Jika x ialah satu integer, cari nilai x yang memuaskan ketaksamaan 2x < 8 dan 12 – 4x ≤ 8.

A ) 1, 2, 3, 4, 5
B ) 2, 3, 4, 5
C ) 2, 3
D ) 1, 2, 3


14 ) Dalam 500 kg barang buangan yang akan dijual kepada pusat kitar semula, didapati 1/3 daripada berat barangan adalah beg plastik, 1/5 adalah tin minuman dan selebihnya adalah kertas. Kira jumlah hasil jualan yang akan diperolehi jika 1 kg beg plastik berharga RM0.10, 1 kg tin minuman berharga RM2.40 dan 1 kg kertas berharga RM0.15.

A ) RM234.43
B ) RM240.00
C ) RM275.00
D ) RM291.67


15 ) Dalam satu kuiz kecerdasan minda, setiap peserta dikehendaki menjawab 50 soalan. Setiap jawapan yang betul akan diberikan 5 markah dan – 3 markah bagi jawapan yang salah. Cari jumlah markah keseluruhan seorang peserta yang berjaya menjawab 36 soalan dengan betul.

A ) 108
B ) 138
C ) 180
D ) 183


16 ) Hezri memandu kereta dengan purata kelajuan 80 km/j sepanjang 52 km. Kemudian dia singgah membeli barang selama 45 minit. Dia meneruskan perjalanan dengan purata kelajuan 110 km/j hingga ke destinasi yang 2 kali ganda jauhnya daripada perjalanan sebelumnya. Berapakah masa yang diambil dari dia mula memandu hingga sampai ke destinasi pada hari itu?

A ) 3 jam 11 minit
B ) 2 jam 21 minit
C ) 3 jam 27 minit
D ) 2 jam 45 minit


17 ) Pilih pernyataan yang benar.

I . Poligon ialah sebuah pentagon.
II . 5 ialah faktor bagi 10.
III . 144 adalah kuasa dua sempurna.
IV . 10 adalah gandaan bagi 100.

A ) I dan II
B ) I dan III
C ) II dan III
D ) II dan IV


18 ) Diberi kecerunan satu garis lurus ialah –3/2 dan pintasan-y ialah 12. Hitungkan nilai bagi pintasan-x.
A ) -12
B ) -8
C ) 8
D ) 12


19 ) Permudahkan persamaan di bawah

(5n2 + mn) x [2m / n2 (m + 5n)]

A ) 2m / n
B ) 2m / m + 5n
C ) 2m / n2
D ) m / n


20 ) Zul berumur 3 tahun 10 bulan lebih tua daripada Zack. Zam berumur 6 tahun 8 bulan lebih tua daripada Zack. Jika Zul berumur 17 tahun 4 bulan, berapakah umur Zam?

A ) 22 tahun 4 bulan
B ) 16 tahun 8 bulan
C ) 18 tahun 4 bulan
D ) 20 tahun 2 bulan


21 ) Jaja, Jiji, Jojo, Juju dan Jijo masing-masing mempunyai 2 ekor haiwan peliharaan. Salah seorang daripada mereka tidak mempunyai kucing. Juju dan Jijo mempunyai kura-kura. Jojo memiliki kucing. Jaja, Jiji dan Jijo mempunyai ikan emas. Siapakah yang mempunyai ayam?

A ) Jiji
B ) Jojo
C ) Jijo
D ) Juju


22 ) Titik (2,P) terletak pada graf bagi fungsi y = 5x + 2. Apakah nilai P?

A ) 6
B ) 8
C ) 10
D ) 12


23 ) Seorang penyelam berada pada kedudukan 15.4 meter di bawah paras laut. Dalam masa 10.2 saat dia telah bergerak ke atas dan berada pada kedudukan 7.6 meter di bawah paras laut. Jika kelajuan pergerakannya seragam setiap saat maka apakah kedudukannya (di bawah paras laut) pada saat ke 15?

A ) 11.5 m
B ) 10.4 m
C ) 4.2 m
D ) 3.9 m


24 ) Tentukan Gandaan Sepunya Terkecil bagi 14, 28 dan 49.

A ) 84
B ) 168
C ) 196
D ) 392


25 ) Kelab Sukan & Kebajikan Syarikat ABC mempunyai 200 orang ahli. Pada tahun 2016, seramai 80 orang ahli telah membayar baki yuran tahun 2015 dan 120 orang ahli membayar yuran 2016. Sehingga 31 Disember 2017, seramai 30 orang ahli membayar yuran tahun 2016 dan 50 orang ahli membayar yuran 2017. Sekiranya yuran tahunan ahli adalah RM50, kira jumlah yuran tertunggak seperti pada 31 Disember 2017.

A ) RM2,500
B ) RM7,500
C ) RM10,000
D ) RM20,000


26 ) 26.5 liter air dan 8.25 liter jus anggur dicampurkan bersama. Semua campuran itu dibotolkan dengan saiz setiap botol adalah 1.25 liter. Berapa botolkah yang diperlukan untuk mengisi semua campuran jus anggur tersebut?

A ) 25
B ) 26
C ) 27
D ) 28


27 ) Terdapat 4 buah fail di atas meja seorang pegawai. Fail E lebih berat dari fail F. Fail G pula lebih ringan daripada fail D. Fail F lebih berat dari fail D. Jika pegawai itu perlu menyusun fail tersebut dengan fail yang terberat berada di kedudukan paling bawah, susunan fail-fail tersebut dari atas adalah

A ) D, F, G dan E.
B ) E, F, D dan G.
C ) G, D, F dan E.
D ) F, E, D dan G.


28 ) Armin mempunyai beberapa keping wang kertas bernilai RM 10.00 dan RM 20.00. Jika beliau memiliki 45 keping wang kertas dengan jumlah wangnya ialah RM 700.00, berapakah bilangan wang kertas RM 20.00 dan RM 10.00 yang Armin ada?

A ) 17 keping RM 20.00 dan 35 keping RM 10.00
B ) 15 keping RM 20.00 dan 30 keping RM 10.00
C ) 20 keping RM 20.00 dan 25 keping RM 10.00
D ) 25 keping RM 20.00 dan 20 keping RM 10.00


29 ) Berapakah bilangan nombor perdana yang nilainya kurang daripada 50?

A ) 12
B ) 15
C ) 17
D ) 20

30 ) Antara titik-titik berikut yang manakah terletak di atas garis lurus dengan persamaan 3y = 4x – 7.

I . (1,-1)
II . (5,5)
III . (6,-6)
IV . (7,7)

A ) I dan II
B ) I dan IV
C ) II dan III
D ) III dan IV

31 ) Diberi a – 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.

A ) 10
B ) 8
C ) 1/8
D ) -10


32 ) Seutas tali dengan panjang 512 cm dipotong kepada 4 bahagian untuk membentuk 4 unit segi empat sama yang sama saiz. Berapakah panjang setiap sisi segi empat tersebut?

A ) 256
B ) 128
C ) 32
D ) 8


33 ) Jarak sebenar di antara Taman Rimba Alam, Putrajaya ke Zoo Taiping ialah 307 km. Berapakah jarak (cm) di atas peta jika dilukis menggunakan skala

1 : 400,000.

A ) 153.50
B ) 76.75
C ) 67.75
D ) 57.50


34 ) Manakah antara berikut mempunyai nilai yang terkecil?

A ) 4.7 x 10-2
B ) 5.7 x 10-3
C ) 6.7 x 10-4
D ) 7.7 x 10-5


35 ) Sebuah kotak mengandungi sejumlah bola pingpong dengan 4 warna berbeza. Terdapat 48 biji yang berwarna merah, 53 biji berwarna kuning, 65 biji bola berwarna biru dan 74 biji berwarna hijau. Jika sebiji bola pingpong diambil secara rawak berapakah kebarangkalian untuk mendapat bola yang berwarna biru?

A ) 0.19
B ) 0.27
C ) 0.31
D ) 0.37


36 ) Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X?
A ) 44
B ) 46
C ) 48
D ) 50


37 ) Puan Amira memperlahankan keretanya daripada 110km/j ke 80km/j dalam masa 0.5 jam. Hitung nilai pecutan keretanya.

A ) -60 km/j2
B ) 60 km/j2
C ) -15 km/j2
D ) 15 km/j2


38 ) Pilih nombor yang jika dibahagi dengan 27 maka jawapannya boleh dibahagi dengan 3 dan mendapat nombor bulat.

A ) 496
B ) 489
C ) 432
D ) 405


39 ) Berapa jumlah putaran lengkap bagi ketiga-tiga jarum jam dinding biasa dalam tempoh 12 jam?

A ) 720
B ) 733
C ) 43921
D ) 43932


40 ) Himpunan digit yang manakah bukan dalam kumpulan yang sama?

A ) 3 0 0 3 1 1 0 0 3
B ) 3 3 5 5 2 5 2 2 3
C ) 4 6 5 6 5 4 6 4 5
D ) 0 0 3 3 3 2 2 1 1

Rujukan Terkini PTD

Bagaimana? Adakah set soalan seksyen B ini sukar buat anda? Jika Ya, anda memerlukan lebih banyak latihan serta persediaan sebelum ke peperiksaan sebenar. Dapatkan lebih banyak set soalan penyelesaian masalah berbentuk soalan matematik untuk membiasakan diri.

Khas untuk peperiksaan online PSEE Pegawai Tadbir M41 Ogos 2020, dapatkan pakej rujukan untuk persediaan anda:

[Klik] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ptd-m41/2624

Anda harus ingat, masa adalah musuh utama anda dalam peperiksaan online PTD M41 sesi 2020 ini. Anda perlu tangkas menjawab soalan-soalan yang diberikan.