Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jawatan Gred 19

Nak cari contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik untuk gred jawatan H19 dan N19? Jika anda adalah calon yang terlibat dengan ujian Psikometrik bulan November 2019 untuk jawatan gred 19 ini dan masih tercari bahan untuk melakukan persediaan, in Sha Allah, blog ini ada rujukan khas yang boleh anda gunakan.

Pakej rujukan Ujian Psikometrik ini diterbitkan oleh Tim Infokerjaya, mengandungi contoh-contoh soalan ujian lengkap dengan jawapan. Malah, penerangan jawapan turut diberikan untuk soalan-soalan pilihan.

Rujukan beserta Contoh Soalan Ujian Psikometrik H19 dan N19

Contoh Soalan Ujian Psikometrik H19 dan N19

Mungkin anda akan tertanya-tanya, bagaimanakah bentuk soalan ujian Psikometrik yang mungkin akan ditanya kepada calon-calon jawatan gred 19 ini?

Seperti soalan-soalan ujian Psikometrik bagi jawatan lain, ia akan bertanyakan soalan berkaitan tingkah-laku dan juga cara anda bertindak atau beremosi. Soalan mungkin senang pada pandangan anda, tetapi awas .. ada soalan yang memerangkap dan menyebabkan anda kurang mendapat markah untuk lulus ujian Psikometrik ini.

Maka, perlunya anda buat persediaan bagi membolehkan anda ketahui corak, jenis, cara, format dan bentuk soalan Psikometrik itu ditanya.

15 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Gred 19



Berikut adalah antara contoh-contoh soalan ujian Psikometrik yang berkemungkinan berkaitan dengan jawatan gred 19.

1. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.
A. Ya
B. Tidak

2. Saya meminati bidang tugas sebagai seorang penasihat.
A. Ya
B. Tidak

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.
A. Ya
B. Tidak

4. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.
A. Ya
B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
A. Ya
B. Tidak

6. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif untuk bersuara memberi pendapat
A. Setuju
B. Tidak Setuju

7. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur
A. Setuju
B. Tidak Setuju

8. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak

9. Saya akan menerima tanggungjawab diberikan walaupun ia di luar skop kerja
A. Ya
B. Tidak

10. Saya suka dengan aktiviti di luar waktu pejabat
A. Ya
B. Tidak

11. Saya aktif dalam aktiviti berkaitan kesihatan dan kecergasan
A. Ya
B. Tidak

12. Saya suka terbabit dengan aktiviti gotong-royong di sekolah
A. Ya
B. Tidak

13. Saya setuju dengan kempen kurangkan penggunaan plastik
A. Ya
B. Tidak

14. Cara saya menangani tekanan kerja ialah dengan bergurau-senda
A. Ya
B. Tidak

15. Kitar semula adalah satu kempen berterusan dan perlu dipraktikkan di premis kerajaan
A. Ya
B. Tidak

Set soalan ini bukan soalan ramalan atau set soalan sebenar ujian Psikometrik, tetapi ia adalah antara contoh soalan yang mungkin ditanya berdasarkan format soalan Psikometrik yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib. 

Soalan Ujian Psikometrik Berkaitan Penyelesaian Masalah

Contoh soalan di atas cuma sebahagian daripada format Ujian Psikometrik. Ada satu lagi bahagian di mana calon perlu menjawab soalan-soalan matematik. Menerusi rujukan ini, pihak Tim Infokerjaya telah mudahkan untuk anda.
Ujian Psikometrik Berkaitan Penyelesaian Masalah

Soalan penyelesaian masalah ujian Psikometrik biasanya adalah soalan-soalan matematik peringkat SPM. Jadi, adalah penting untuk anda ingat kembali beberapa formula penyelesaian masalah bagi membolehkan anda 'bertarung' dengan masa menjawab nanti.

Untuk bantu anda, ada satu rujukan khas untuk Ujian Psikometrik ini. Rujukan ini adalah rujukan terkini edisi 2019, dan soalan-soalan adalah yang telah dikemaskini.


Anda boleh klik link di atas untuk mendapatkan rujukan Psikometrik ini. Harganya mengikut pakej yang ada. Jika mampu, dan mahu mendapat lebih kelebihan daripada calon lain, disyorkan untuk ambil pakej penuh.

Semoga berjaya.