Graduan Jana Pendapatan 45K Sebulan Jual Air Jagung

Berniaga air balang, berperisa jagung pun boleh buat duit sehingga RM45,000 sebulan! Itulah yang berlaku kepada dua rakan yang merupakan graduan lepasan ijazah dalam kejuruteraan. Ini bukan kisah dongeng dalam drama TV, tetapi realiti berkaitan peluang menjana pendapatan kalau tahu cara dan lubuknya.

Di sebalik ramai graduan dan lepasan IPT yang mengeluh kerana gagal atau sukar mendapatkan kerja, tetapi berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh dua lepasan IPT ini. Mereka mencari peluang menjana pendapatan puluhan ribu ringgit dengan hanya menjual air sahaja.

Lepasan Kejuruteraan Jana Pendapatan Sehingga RM45,000 Jual Air Jagung


Taktik yang mereka gunakan ialah dengan menjual air balang dengan diberikan nama tarikan bagi melariskan jualan.

Fenomena memberikan nama air balang bukan perkara baharu. Tiba sahaja musim panas, atau ketika di bulan Ramadan, akan muncul pelbagai nama-nama pelik air yang dijual di dalam balang. Itulah yang dilakukan oleh dua orang sahabat lulusan kejuruteraan di Alor Setar, Kedah.

Air Jagung Ketagih

Dua sahabat ini menjana keuntungan dan pendapatan yang tinggi dengan menjual air jagung ketagih. Walaupun nama yang diberikan agak pelik, namun ‘Air Jagung Ketagih’ yang diformulasikan dua rakan karib ini mendapat sambutan menggalakan di daerah Alor Setar.

Minuman ini adalah hasil idea Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, yang juga pemegang Ijazah Kejuruteraan Pembuatan dan Adnan Hafif Samsudin, 27, yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Am, masing-masing dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Air jagung ini adalah resepi rahsia kami bagi memberi kelainan dari air jagung di tempat lain walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu pes jagung, kordial jagung dan susu pekat,” kata Adnan Hafif ketika dikunjungi Bernama di gerai mereka di Jalan Stadium.

Mengenai sambutannya, beliau berkata dianggarkan antara 300 dan 400 cawan dapat dijual sehari dengan pulangan antara RM1,000 hingga RM1,500. Ini bermakna dua rakan karib ini berjaya membuat jualan atau keuntungan sehingga RM45,000 sebulan!!

Secawan air sederhana dan besar dijual antara RM2.50 hingga RM5.50 beserta isi jagung.

Hebat dua orang anak muda ini yang mencari peluang, dan bukannya menunggu panggilan temuduga yang belum tentu akan lulus - disebabkan saingan yang besar dalam industri kerja makan gaji.

Dek sambutan yang hebat, mereka tidak kisah dengan status kelulusan malah berbangga boleh membantu ekonomi diri dan keluarga dengan hanya menjual air jagung.


Sementara itu Mohd Farizual Aiman berkata, mereka merancang untuk membuka cawangan ketiga di Jitra selepas di Jalan Stadium dan Taman Aman.

“Jualan air jagung ketagih kami mula menjadi fenomena baharu apabila turut menjadi ikutan ramai peniaga yang mula menjual air jagung ditepi-tepi jalan,” tambahnya.

Beliau berkata, usaha mempromosikan air jagung mereka turut dibuat melalui risalah dan Facebook hingga terdapat pembeli dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mencari gerai mereka apabila berada di Alor Setar.

Berminat nak mula berniaga seperti dua sahabat karib ini? Gunakan panduan di bawah ini sebagai rujukan dan untuk membantu anda mula berniaga air dalam balang. Ia lengkap dengan resepi-resepi air yang viral dan mendapat permintaan tinggi.

[+] Bisnes Air Balang - Untung Berlipat-Ganda Dengan Modal Rendah

Ikuti jejak langkah mereka. Jangan tunggu pintu rezeki dibuka untuk anda, tetapi ketuklah setiap pintu rezeki yang diberikan. Mula lakukan sesuatu dan berusahalah untuk perbaiki diri dan ekonomi.