Dipukul Dengan Tukul Kerana Gagal Dapat Kerja

Tekanan. Begitulah halnya apabila ada bapa yang sanggup pukul anaknya dengan tukul kerana gagal mendapat kerja. Apa nak jadi dengan keadaan zaman sekarang ni?

Berita dari akhbar mengejutkan kami. Walaupun berkelulusan ijazah perakaunan, tetapi masih gagal mendapat kerja, walhal kerja kosong berkaitan latar perakaunan ada diiklankan merata tempat. Kenapa masih gagal mendapat kerja?

Dipukul oleh Bapa dengan Tukul Kerana Gagal Dapat Kerja


Elakkan diri dari menjadi tajuk akhbar di atas. Ia satu kejadian yang sedih, tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya dielakkan.

Kami tidak mahu menuding jari mana-mana pihak. Mungkin kerana tekanan hidup seharian menyebabkan si bapa hilang sabar sehingga sanggup cederakan anak yang gagal mendapat kerja. Tentulah bapa berang kerana setelah berhempas-pulas mencari wang menanggung pengajian anak di IPT, tetapi selepas tamat belajar si anak yang diharapkan dapat meringankan bebaban gagal mendapatkan sebarang pekerjaan.

Mungkin juga belum rezeki si anak untuk mendapat kerja. Walaupun dah mencuba beberapa kali menulis resume, menghadiri beberapa temuduga, si anak gagal untuk diterima bekerja.

Atau mungkin si anak tak berusaha langsung untuk membolehkan dirinya diterima bekerja.

Kalau ikut statistik, memang masih ramai graduan dan lepasan IPT yang masih menganggur. Ia samada memang mereka tidak mencari pekerjaan bersungguh-sungguh atau terlalu memilih pekerjaan.

Daripada apa yang kami tahu, ramai lepasan IPT dan graduan yang memohon untuk masuk kerja kerajaan. Mereka tahu bekerja dalam perkhidmatan awam ini mampu menjamin kehidupan mereka akan datang selain banyak peluang meningkatkan kerjaya.

Tetapi, saingan untuk masuk kerja kerajaan memang tinggi. Ramai calon lepasan IPT dan graduan yang bertahun mengisi borang SPA masih lagi gagal untuk diterima masuk bekerja di dalam sektor awam.

Mereka ini samada gagal untuk disenarai-pendek - kemungkinan kerana resume yang kurang menyerlah.

Mereka gagal di peringkat peperiksaan yang dijalankan SPA, terutama peperiksaan online berkaitan ujian Psikometrik.

Mereka gagal di peringkat peperiksaan berkaitan jawatan.

Mereka gagal di peringkat panggilan temuduga kerja kerajaan.

Ada dua sebab kegagalan ini. Pertamanya kemungkinan kerana kriteria pemilihan oleh SPA terlalu ketat sehingga calon tidak memenuhi syarat kelayakan. Keduanya, kerana calon sendiri gagal membuat persediaan dan persiapan untuk membolehkan mereka dipilih untuk diterima.

Jangan kecewakan keluarga. Lepasan IPT dan graduan tidak seharusnya duduk diam menunggu. Mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerja.

Kami mungkin boleh bantu. Berikut adalah beberapa panduan yang mungkin akan membantu anda untuk berjaya mencari dan mendapatkan kerja:


Miliki panduan-panduan ini yang diterbitkan dalam bentuk ebook sebagai rujukan untuk mendapatkan kerja, khususnya kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.

Jangan sia-siakan peluang, jika anda menerimanya. Buat sehabis baik, dan pastikan anda bersedia. Elakkan diri dari menjadi anak yang mengecewakan keluarga.