Portal ini adalah portal atau laman web penting setiap kali para calon akan diuji dalam peperiksaan online Ujian Psikometrik memasuki kerja kerajaan.
Portal Online Khas Peperiksan Ujian Psikometrik SPA
Untuk memasuki portal atau laman web peperiksaan online Ujian Psikometrik ini, para calon dikehendaki mempuyai id dan juga kata laluan. Id dan kata laluan ini akan diterima oleh setiap calon mengikut pilihan kerja yang dipohon menerusi email yang telah didaftarkan semasa mengisi borang online SPA8i.Sebaik sahaja calon untuk jawatan tersebut menerima email berkaitan peperiksaan online Ujian Psikometrik, mereka akan diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk login ke portal berkenaan bagi menjawab soalan-soalan ujian yang ditanya.
Maka, sangat penting sekali, para calon yang memohon jawatan kerja kerajaan untuk sentiasa menyemak email daripada pihak SPA agar tidak terlepas peluang yang diberikan.
Email daripada pihak SPA tersebut akan memaklumkan mengenai tarikh serta masa untuk mengambil ujian, selain id dan kata laluan untuk mengakses laman web Ujian Psikometrik.
Kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan calon tersebut dianggap gagal. Tiada sebarang rayuan dibenarkan.
Menerusi portal khas ini, Ujian Psikometrik boleh diakses oleh calon untuk menjawab soalan ujian pada bila-bila masa sahaja asalkan ia diambil dalam tempoh masa yang ditetapkan. Calon kena rujuk email yang diberikan agar ambil maklum mengenai perkara ini.
Jumlah Soalan dan Jenis Soalan Ujian Psikometrik
Jumlah soalan ujian ini pula adalah tidak tetap dan bergantung pada gred dan juga kategori perjawatan.
Jumlah soalan buat calon bagi jawatan tertentu akan dimaklumkan oleh pihak SPA di dalam email makluman peperiksaan online Ujian Psikometrik.
Sebagai contoh, dalam format lama (sebelum 2018), Ujian Psikometrik digabungkan dalam seksyen lain dalam peperiksaan online SPA. Misalnya, calon bagi jawatan Pegawai Psikologi gred S41 (2017) perlu menjawab sebanyak 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen Ujian Psikometrik semasa peperiksaan online SPA.
Calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang diadakan pada Januari 2018, mereka perlu menjawab sebanyak 382 soalan Ujian Psikometrik dalam tempoh 1 jam.
Jenis soalan psikometrik juga tidak sama dan sentiasa berubah. Ia juga berbeza dari segi perjawatan dan tanggungjawab.
Pun begitu, secara amnya ... soalan-soalan yang ditanya dalam Ujian Psikometrik adalah membabitkan penilaian seperti berikut:
- Cara berfikir
- Emosi
- Kepimpinan
- Tingkah laku
- Kebolehan sosial
- Komunikasi
- Toleransi
- Kerjasama
- Integriti
- Disiplin
Anda boleh rujuk beberapa post sebelum ini untuk melihat beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai pengenalan dan rujukan ringkas anda.
Seandainya anda mencari rujukan dan panduan yang lebih terperinci atau lebih mendalam mengenai ujian ini, anda boleh muat turun pakej rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya di bawah.