Soalan Popular Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Ramai yang nampaknya lulus dalam peperiksaan online atau ujian Psikometrik untuk Penolong Pegawai Tadbir dan juga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi). Tahniah diucapkan. Semakan keputusan ujian Psikometrik boleh dibuat di laman web SPA. Buat semakan untuk lihat samada anda akan ke peringkat seterusnya, iaitu Temuduga.

Tahniah pada yang berjaya lulus ujian Psikometrik. Buat yang tidak berjaya, usah khuatir, peluang akan dibuka lagi. Ketika itu, buatlah persediaan seawal anda dipanggil untuk hadapi ujian. Jangan tunggu di saat akhir, kerana ia merugikan.

Soalan Popular Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Soalan Popular Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29
Buat yang berjaya lulus ke peringkat Temuduga SPA, langkah seterusnya ialah memastikan peluang ini tidak dipersia-siakan. Temuduga adalah peringkat yang sangat penting kerana SPA pastinya akan menilai dari segala segi diri anda.

Soalan-soalan temuduga yang akan ditanya akan mencabar kewibawaan samada layak atau tidak bagi menjawat jawatan yang dipohon.

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk bulan Oktober 2018, terdapat beberapa slot temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29.

Info di bawah kami ambil dari laman web SPA sendiri ...
Maklumat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29
Anda nampak sesuatu dari data di atas?

Ya, permohonan untuk jawatan Penolong Pegawai Tabdir sangat tinggi, hampir 170,000. Daripada jumlah tersebut, yang dipanggil untuk temuduga cuma 8319 untuk mengisi 91 kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29.

Saingan sangatlah tinggi. Anda perlu ada senjata rahsia untuk lulus dalam temuduga kerja kerajaan ini.

Anda perlu ketahui soalan-soalan temuduga yang bakal ditanya, atau paling tidak ketahui bentuk soalan yang bakal ditanya, khususnya untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir gred N29 ini.

Tahukah anda bahawa terdapat dua soalan yang sangat popular yang sering ditanya dalam setiap temuduga kerja kerajaan. Dua soalan ini pasti akan ditanya dalam temuduga Penolong Pegawai Tadbir nanti.

Anda perlu sedia dengan jawapan terbaik.

2 Soalan Popular Temuduga Kerja Kerajaan

Kami dah sediakan jawapan untuk dua soalan popular temuduga kerja kerajaan ini. Ia adalah hasil perkongsian daripada seorang calon yang telah pun berjaya menjawat jawatan kerja kerajaan.

Mari lihat apa jawapan calon tersebut terhadap dua soalan popular dalam temuduga kerja kerajaan ini.

1. Sila kenalkan diri puan dan nyatakan kenapa kami perlu pilih puan untuk menjawat jawatan ini?

Saya sebut nama, negeri kelahiran, sekarang menetap di mana, pengalaman kerja saya, tahap pendidikan tertinggi. Saya bagitahu yang saya patut dapat jawatan ni sebab saya berjiwa besar dan fokus pada ketelitian. Tu dua points saya.

Of course lepas tu kena elaborate, kena huraikan dua points tu.

Saya yakin dengan dua points ni sebab, itu memang character saya. So takde tipu-tipu. Agak smooth juga saya menjawab soalan ni cuma taktahulah kenapa lidah ni gatai asyik nak tercakap bahasa Inggeris.

Bila saya tersedar saya menggunakan perkataan bahasa Inggeris, saya cepat-cepat cantikkan balik susunan bahasa Melayu saya. Maybe there is nothing wrong pun kalau bertutur dalam bahasa Inggeris, cuma personally saya rasa agak kurang sopan la bila interviewer bertanya dan bertutur dalam bahasa Melayu tapi kita nak jawab menggunakan bahasa lain.

2. Puan ada buat background study tak berkenaan jawatan ni? Kalau ada, apa yang puan tahu mengenai jawatan ini?

Ada. Bidang tugas jawatan Penolong Pegawai Tadbir antaranya ialah :
  • menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan.
  • menguruskan perolehan bekalan dan pembangunan.
  • terlibat dalam perkhidmatan personel - cuti, elaun dan sebagainya.
  • terlibat dalam pengurusan seperti pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, dan juga mengendalikan urusan Konsuler.
  • juga terlibat dengan urusan Penguatkuasaan Undang-undang.

Pastinya seperti soalan pertama, kenalah eloborate serba-sedikit. Tak boleh terlalu meleret sebab takut nanti tersilap jawapan. Hanya nyatakan apa yang jelas sahaja. Kalau tak jelas, saya lebih suka diam. Tapi mestilah kena buat research sikit tentang benda-benda yang tak jelas tu kan ...

Baik. Sekarang anda sudah tahu dua soalan popular ini untuk kerja kerajaan.

Ia cuma dua soalan yang paling kerap ditanya. Sebenarnya ada banyak lagi soalan yang perlu anda tahu. Dan di antaranya adalah soalan-soalan killer yang akan menjerat calon sehingga membuatkan mereka gagal dalam temuduga ini.

Untuk bantu anda, ada rujukan khas untuk hadapi temuduga kerja kerajaan ini.

Klik pautan di bawah, ia adalah panduan dan rujukan dalam bentuk ebook yang akan bantu anda hadapi temuduga kerja kerajaan, paling menarik ialah terdapat lebih 250 soalan temuduga disediakan sekali dengan jawapan untuk pakej lengkap rujukan ini.


Gunakan panduan ini untuk bantu anda berhadapan dengan penemuduga Penolong Pegawai Tadbir dengan lebih baik, lebih berwibawa.