Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang terlibat dengan mana-mana peperiksaan online samada jawatan di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Panduan
Tips dan Panduan Ringkas Menduduki Peperiksaan Online SPA
Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA.Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Virus, Malware, Spyware
Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.Pencegahan:
Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)
Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.Pencegahan:
Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing.Contoh:
- Internet Explorer:
- internet option >> Advanced >> Reset Internet Explorer settings
- Chrome:
- Setting >> Reset Settings
Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA.
3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)
Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA.Pencegahan:
Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.4. Windows Firewall
Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.Pencegahan:
Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.5. Fungsi Auto Update Perisian
Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.Pencegahan:
Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorunpada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.Semoga panduan ini akan membantu anda menduduki dan menjawab soalan peperiksaan online SPA dengan baik dan lancar.
Sumber: Laman Web SPA