Ok. Jangan cepat kecewa. Cuba ikuti pengalaman awek bernama IzzatiKamsani ini. Dah 10 kali hadir ke temuduga, kali ke 11 baru beliau lulus dengan jayanya.
10 Kali Gagal, Bagaimana Nak Lulus Temuduga?
Ini inspirasi untuk anda. Baca elok-elok kerana ada beberapa tips yang dikongsi untuk lulus temuduga dan bagaimana nak mendapatkan kerja.Jangan Putus Asa - Rezeki Itu Ada Dimana-Mana
10 kali gagal, tapi tak pernah terus kecewa dan putus asa. Kerana sedar jawatan disandang sebelum ini tidak akan kekal lama dan berisiko, maka Izzat ini cepat-cepat mencari dan memohon kerja di tempat lain.
Mohon Kerja Yang Lebih Baik Semasa Masih Bekerja
Apa Izzati buat untuk kelangsungan hidup bekerja? Semasa masih lagi dalam jawatan, Izzati mohon kerja di tempat lain, hantar resume, CV lengkap dengan cover letter.Izzati sedar bahawa jawatannya dalam kerjaya berkaitan politik tidak akan kekal lama.
Hampir 5 bulan gigih berusaha mendapatkan kerja.
Jangan Sedih, Jangan Kecewa
Tapi semuanya gagal. Izzati terus juga berusaha. Jangan give-up!Seperti yang dijangkakan, hilang kerja selepas Pilihanraya. Inilah risiko bila kerja dalam jawatan yang ada kaitan dengan politik. Memang takkan kekal lama. Kesian kan kat Izzati ni?
Seminggu tak ada kerja!
Rezeki Izzati berkat usaha. Dapat kerja di sebuah syarikat kontraktor. Dalam masa yang sama, dipanggil untuk temuduga di tempat lain. Peluang untuk kerja dalam sektor yang ada kaitan dengan kerajaan.
Buat Persediaan Rapi Sebelum Temuduga
Bila dah kena panggil interview dari sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC) .. aha .. apalagi Izzati pun buat persediaan secukupnya sebelum temuduga.Tentu tak mahu gagal sebab ianya peluang keemasan untuk kerja tetap yang lebih baik, lebih terjamin dan kurang risiko.
Izzati BUAT PERSEDIAAN RAPI untuk pastikan berjaya lulus dalam temuduga. Walau dah lebih 10 kali hadir temuduga, ia tidak bererti kena buat sambil lewa. Mesti study !! Dan kali ini, untuk pastikan berjaya lulus temuduga, Izzati tampil sebagai diri sendiri.
Serlah Rasa Keyakinan
Apa Izzati buat? Pertama kena pastikan diri menunjukkan rasa confident yang sebenar, bukan dibuat-buat. Kena serlahkan rasa keyakinan tersebut, bukan sekadar untuk penemuduga, tetapi juga untuk diri sendiri.Kalau diri sendiri kurang yakin, bagaimana nak yakinkan penemuduga?
Macam Izzati ni, beliau hadir dengan berpakaian cantik dan kemas, pastikan diri nampak senang untuk didekati dan bekerja.
First Impression Itu Penting
Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, pertama sekali kena senyum dengan senyuman paling manis. Pastikan diri ada ketrampilan dan berkeyakinan. Senyum juga adalah cara untuk membuka pintu rezeki. Senyum adalah sedekah, dan sedekah itu sangat hebat kesannya.Senyum juga adalah first impression yang wajib dibuat oleh mereka yang nak lulus temuduga.
Seperti kebanyakkan interview lain, Izzati juga ditanya 10 soalan paling popular dalam setiap temuduga. Antaranya ialah memperkenalkan diri.
Perkenalkan diri dalam bentuk yang santai tetapi meyakinkan. Wujudkan suasana yang tidak menekan dan selesa buat semua orang dalam bilik temuduga. Biarkan aura positif dan ceria mengisi ruang. Kawal keadaan dengan sebaiknya.
Ditanya Soalan Popular Dalam Temuduga
Setiap kali temuduga, pastinya akan keluar soalan-soalan temuduga yang popular yang memang dah menjadi SOP temuduga. Soalan sebegini kadang ditanya dalam nada berbeza, dan boleh memerangkap calon yang ditanya.Macam Izzati ni ...
Bila ditanya "Kenapa you tak macam calon lain?" - salah satu bentuk soalan popular ditanya dalam temuduga, tetapi dengan cara yang kurang formal. Ia sebenarnya bermaksud, "Kenapa kami perlu pilih anda?" atau "Apa kelebihan awak dengan calon lain?"..
Lihat bagaimana Izzati ini menjawab soalan tersebut...
Kelulusan Bukan Tiket Untuk Berjaya Temuduga
Kelulusan yang tinggi bukan jaminan untuk dapat kerja atau lulus dalam sesi temuduga. Itu sebab adanya temuduga, ia tidak menilai dari segi kelayakkan akademik. Temuduga adalah untuk penilaian tingkah-laku, adab, respon, penampilan yang tidak ada kena mengena dengan gred atau markah ditunjukkan dalam skrol serta sijil.
Alhamdulillah, rezeki untuk Izzati kerana berjaya lulus temuduga setelah lebih 10 kali hadir temuduga. 10 kali temuduga, semuanya gagal. Dan untuk kali ke 11, Izzati dapat kerja yang lebih baik, lebih terjamin.
Tips penting - jangan putus asa walau dah banyak kali apply kerja, hadir temuduga dan gagal.
Mohon Restu Ibu Bapa
Tips penting - dapatkan restu ibu bapa untuk setiap tindakan. Jangan belakangkan mereka kerana mereka ada senjata ampuh untuk membolehkan anda berjaya dalam setiap permohonan dan temuduga kerja - iaitu doa.Apabila ibu bapa mendoakan kejayaan anda, in Sha Allah .. susah mana sekalipun, ia akan membuahkan hasil terbaik.
Minta Doa
Hubungan semasa makhluk itu sangat penting. Sehebat mana manusia itu, kalau tak ada makhluk lain macam pokok dan haiwan, memang sukar nak hidup kat dunia ni. Itu sebab Tuhan suruh kita hormati 'mereka' ini.Mahkluk lain ada magisnya tersendiri. Jadi, ikut nasihat Izzati di bawah ..
Semoga anda telah dapat sesuatu dari perkongsian Izzati yang kini sedang menjawat jawatan Pengurus Sumber Manusia .. satu jawatan yang akan terlibat dengan pengambilan staff baharu.
Jadi bolehlah follow beliau rapat-rapat.
Sumber: IzzatiKamsani