Soalan-soalan ini akan membuatkan panel akan mula muak dengan anda kerana ia menunjukkan anda tidak study syarikat mereka dengan baik. Aha... silap-silap, mereka sudah tidak lagi berminat dengan anda, dan terus reject dalam diam.
Perkara Patut Tanya Dalam Temuduga
Anda kena faham yang sesi temu duga ini merupakan komunikasi dua hala – boleh jadi juga seperti perbincangan ilmiah dan bermanfaat, dan bukannya seperti pertandingan di mana semua orang ingin mendapatkan jawatan tersebut.Anda kena lepaskan perasaan terdesak dan takut. Calon perlu buat yang terbaik apabila mereka mula ditemuduga kerana mereka akan bersama dengan orang yang tidak dikenali dan terus perlu bekerja dalam jangka masa yang lama, di mana itulah situasi yang akan berlaku jika diterima bekerja.
Contoh Soalan
Berikut adalah contoh soalan yang boleh dan patut anda tanya:- Kepakaran yang diperlukan untuk sesuatu tugas dan jawatan tersebut
- Minda yang penuh dengan minat dan etika kerja yang kuat
- Fokus untuk menyumbang dan ingin lakukan perubahan
- Kerelaan dari segi semangat, skill, perspektif dan kerja kuat untuk dapatkan jawatan tersebut
- Semangat untuk mengembangkan bakat dan keupayaan untuk memberi sokongan matlamat syarikat dan bantu organisasi tersebut untuk lebih maju.
Anda ada kekuatan dan idea yang sangat bagus serta semangat dalam diri. Jangan sesekali pandang rendah dengan diri anda. Pastikan anda mengenal pasti tindakan anda yang dominan dan tanyalah soalan yang boleh membantu anda untuk kenal pasti adakah anda berada di kedudukan yang betul.
Sekiranya betul, anda akan merasa puas hati kerana anda memilih jalan yang betul dan anda dapat kembangkan bakat anda lagi.
Pada akhirnya, soalan soalan yang anda tanya sewaktu temu duga boleh memberi kesan kepada ada sama ada adakah anda belajar atau tidak untuk buat keputusan yang betul.
Soalan soalan anda juga boleh menentukan sama ada anda ini seorang yang berpotensi atau tidak. Anda perlu bersedia dan tunjukkan apa yang anda boleh buat, serta gunakan masa tersebut sebaiknya.
Inilah antara seni ketika anda berada di temuduga. Soalan-soalan yang tepat akan memperlihatkan nilai diri anda dengan lebih baik lagi. Ini antara perkara yang patut anda tanya ketika temuduga.