20 Contoh Soalan Temuduga Kerja Jawatan Kerajaan

Ramai calon yang dipanggil temuduga kerja kerajaan gagal kerana mereka kurang bersedia dengan soalan-soalan yang diberikan oleh penemuduga. Sepatutnya, calon-calon yang mahu lulus dalam temuduga kerja kerajaan, mesti mencari contoh-contoh soalan temuduga sebagai persediaan untuk berhadapan dengan penemuduga yang adakala agak 'kejam'.

Kejam? Ya, sebab mereka perlu memilih hanya beberapa ribu calon yang layak sahaja daripada ratusan ribu calon lain yang memohon kerja dan jawatan yang sama. Mahu tidak mahu, ada soalan yang boleh dengan mudahnya memerangkap calon, dan menyingkirkannya daripada menjadi calon untuk proses seterusnya.

20 Contoh Soalan Temuduga SPA

20 Contoh Soalan Temuduga SPA
Jika anda adalah merupakan calon yang dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan, mungkin beberapa contoh soalan temuduga kerja kerajaan di bawah ini akan membantu. Ia mungkin bukan soalan sebenar yang bakal ditanya kepada anda kelak, tetapi ianya pasti akan membantu anda untuk mengetahui corak dan jenis serta bentuk soalan temuduga yang bakal ditanya.

Contoh soalan temuduga kerja kerajaan terutama oleh pihak SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :
  1. Latar belakang dan kelayakan calon
  2. Jawatan yang dipohon dan berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  3. Dasar kerajaan
  4. Isu semasa dalam dan luar negara.

20 Contoh Soalan Temuduga SPA

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang dan kelayakan calon

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  3. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
  4. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  5. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  6. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

  1. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
  2. Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  3. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
  4. Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  5. Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

  1. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menter- menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  2. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  3. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  4. Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
  5. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
  6. Apakah tema bajet 2018?
  7. Terangkan dengan dengan ringkas GST?
  8. Apakah GTP?



Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam dan luar negara

Isu Semasa Dalam Negara
  1. Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
  2. Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
  3. Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
  4. Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
  5. Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
  6. Apakah tema Hari Kemerdekaan 2014?

Isu Semasa Luar Negara
  1. Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
  2. Krisis yang berlaku di Syria.
  3. Krisis yang berlaku diantara Ukraine dan Russia
  4. Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

Jadi bagaimana? Adakah anda bersedia dengan jawapan-jawapan seperti soalan-soalan temuduga di atas? Untuk membantu anda, boleh dapatkan rujukan khas untuk hadapi temuduga kerja kerajaan ini. Rujukan ini termasuklah sebuah ebook yang mengandungi lebih 250 contoh soalan sebenar temuduga yang telah disediakan jawapan terbaik.

Untuk membuat tempahan segera, terus ke pautan ini - Tempahan Online Rujukan Temuduga