4 Peringkat Prosedur Untuk Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik

Ramai yang mahu bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ia merupakan salah satu daripada ribuan kerja yang ditawarkan dalam sektor awam, malah kerjaya PTD menjadi antara pilihan utama ramai pencari kerja terutama graduan dan lepasan IPT.

Kerjaya sebagai seorang PTD sememangnya ada banyak kelebihan, malah kerjaya ini dianggap paling berprestij dalam sektor awam. Selain tangga gaji yang menarik, kerjaya PTD menawarkan penjawatnya untuk maju dalam sektor awam.

Pun begitu, bukan mudah untuk masuk kerja kerajaan dan menjawat jawatan PTD ini. Ada beberapa peringkat pemilihan calon, bermula dari penyisihan pengkalan data dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sehinggalah ke peperiksaan online PTD, temuduga dan seterusnya peringkat penilaian sebagai seorang Kadet PTD.

4 Peringkat Prosedur Untuk Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik Dalam Sektor Awam


Mari sama-sama faham peringkat-peringkat atau prosedur dalam pengambilan untuk kerjaya PTD ini. Ianya telah dikongsikan oleh seseorang yang kini sedang menjawat jawatan ini dalam kerajaan, iaitu saudara Rashdan Wong.

===

Nak jadi PTD kena melalui 4 peringkat (Format Zaman PM Najib):

(1) Peperiksaan Online

Untuk exam ni tiada tips sangat. Yang penting anda ada kabel kuat. Maksud saya, kabel internet yang stabil supaya anda dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Jangan lupa bayar bil WiFi, dan kalau nak jawab kat kafe siber pilihlah yang ada strong connection, contohnya CC yang ada ramai orang main DOTA. Kalau kabel tak kuat, naya wey kang jawab separuh terputus line.

Seksyen A adalah pengetahuan am, kena jawab 50 soalan dalam 40 minit. Soalannya lebih kurang macam subjek Pengajian Am atau Pengajian Malaysia. Kena tahu serba sedikit tentang dasar dan program kerajaan (NEM, TN50, RMK11, DSTIN, Dasar Teknologi Hijau, Pelan Pembangunan Pendidikan, Visit Malaysia Year, NBOS, DFTZ dan lain-lain), fungsi dan peranan komponen kerajaan (bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, jenis dan fungsi mahkamah, fungsi parlimen dan lain-lain), pengetahuan hubungan antarabangsa (negara mana pengerusi ASEAN tahun ni, bila Malaysia menganjurkan CHOGM dan APEC, apa itu CEDAW, apa itu UNFCCC dan lain-lain) dan isu-isu semasa.

Jangan ingat nak Google nanti, anda tak akan ada masa punya. Kalau anda jenis rajin membaca berita nasional, insya Allah selamat.

Seksyen 2 pasal penyelesaian masalah, atau soalan logik dan matematik. Jangan risau, tak ada soalan pasal algebra atau trigonometric functions. Soalannya lebih kepada "Faysal ada 10,000 buku, beliau jual 5,000 buku dan beli balik 1/4 daripada 1/50 buku-buku tersebut, berapa banyak buku yang beliau miliki sekarang?"

Soalan tak susah, tapi masa nak jawab suntuk, kena jawab 40 soalan dalam 45 minit. Kalau rasa soalan susah, skip dulu, lepas selesaikan yang lain baru patah balik.

PTD 2023 - Hanya Ada Exam Psikometrik!
Untuk pengambilan Kadet PTD sesi 2024/25, pihak SPA tidak lagi menjalankan peperiksaan online yang melibatkan seksyen Pengetahuan AM mahupun Daya Menyelesaikan Masalah. Untuk sesi pengambilan terkini, SPA hanya menjalankan Ujian Psikometrik secara online.

Persiapkan diri anda dengan menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik Tim Infokerjaya. Ada lebih 200 contoh soalan, dan lengkap jawapan disertai huraian untuk pemahaman calon.

Gunakan rujukan ini sebagai satu kelebihan dari calon-calon ujian yang lain. Serius nak pastikan anda benar-benar bersedia untuk Psikometrik PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK, tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah:


(2) Programme Assessment Centre (PAC)

Sekiranya berjaya dalam exam, dalam masa 2-3 bulan anda akan dipanggil untuk menghadiri PAC selama 2 hari. Anda akan disaring berdasarkan kebolehan pengucapan awam, debat, kualiti kepimpinan dan kecerdasan fizikal. Banyak kerja kumpulan, tapi jangan sebab nak tunjuk leader punya pasal anda jadi kiasu. Selalunya penilai lebih suka orang yang matang dan moderate, bukan jenis pandai tapi gila kuasa dan poyo.

Ujian fizikal termasuk larian 2.4 km dalam 12-15 minit. Kalau anda fit boleh je habiskan dalam 5 minit. Jaga BMI, kalau anda jenis overweight silalah berdiet dan workout mulai sekarang.

(3) Temu Duga

Kalau anda melepasi PAC, maka sampailah peringkat interview. Interview untuk apa-apa kerja prinsipnya sama saja, jadi pandai-pandailah nak jawab dan impress. Soalan tak lari daripada pengalaman kerja dan kenapa nak jadi PTD. Cara duduk, cara letak beg, cara bagi resume, gaya masuk bilik temu duga semua dia orang tengok. Jadi silalah belajar cara menutup pintu tanpa sebarang bunyi dan cara duduk yang tegak dan segak.

Kekadang dia test knowledge juga. Waktu saya ditemu duga (awal 2013) panel tanya pandangan saya pasal pelantikan semula Obama dan kesannya terhadap Malaysia. Apa lagi, saya kasi tapau lah.

Nak tahu rahsia lulus temuduga kerja kerajaan? Guna pakej rujukan ini - Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 2023, ia dah bantu puluhan ribu calon sebelum ini. Rujukan terbaik dalam bentuk pdf, dan boleh digunakan untuk menghadapi sesi temuduga jawatan PEGAWAI TADBIR!

(4) Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPPA)

Kalau berjaya dalam temu duga, maka anda akan diterima sebagai kadet PTD, belum jadi PTD lagi. Anda perlu mengikuti kursus DPPA selama 10-12 bulan di satu tempat misteri bernama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Di INTAN anda akan didedahkan kepada selok-belok perkhidmatan awam, dari kewangan, sumber manusia, ekonomi, diplomasi, keselamatan, pembangunan, pengurusan projek hingga ke pengurusan majlis dan protokol, anda akan diajar dan diuji.

Dan ada juga modul luar seperti polis, tentera, bomba, program anak angkat, Outward Bound School dan lain-lain. Tentera? Polis? Kenapa dahsyat sangat? Tujuannya memang adalah untuk torture anda, supaya anda boleh buang ego diri tu jauh-jauh dan juga untuk buat anda tahan lasak dan tahan stress, dan pada masa yang sama untuk membentuk disiplin anda dan membina empati anda terhadap pasukan beruniform, orang kampung dan lain-lain lapisan masyarakat.

Dan kalau anda tak perform sepanjang kursus, kebarangkalian besar anda tidak akan dilantik sebagai PTD. Namun begitu, janganlah anggap batchmate anda tu sebagai pesaing dan musuh. Penting untuk menjaga silaturrahim sesama lain kerana batchmate ni akan jadi aset penting anda semasa berkhidmat nanti.

(5) Menjadi seorang PTD

Selepas tamat DPPA, barulah anda akan menerima watikah pelantikan dan digelar sebagai seorang PTD. Tak semestinya anda akan ditempatkan di kementerian yang diidamkan. Tak perlu memilih sangat, kerana semua kementerian ada pros and cons dia, dan anda boleh minta tukar kelak.
 
Itu baru permulaan. Kalau anda masuk perkhidmatan pada umur 25 macam saya ni, jauh lagi perjalanan, ada 35 tahun sebelum bersara. Tapi itu pun kalau anda masih kekal passion dan patience sebagai penjawat awam. Sentiasa ingat apa tujuan asal anda nak jadi PTD agar tidak lost separuh jalan.

Akhir kata, kunci kepada kejayaan ialah virtù dan fortuna. Bertawakal je lah kalau anda dah berusaha. Semoga berjaya.

Nota: ini adalah pandangan peribadi. Untuk maklumat yang lebih sohih dan up-to-date, sila merujuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.