Ikerjaya Graduan sukacita untuk berkongsi pengetahuan kepada anda semua mengenai jenis temuduga yang lazimnya dibuat. Ada 4 jenis temuduga yang perlu anda tahu.
4 Jenis Temuduga Perlu Tahu
1. Temuduga Tradisional
Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.
2. Temuduga Sikap
Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya. Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.3. Temuduga Berkumpulan
Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.
4. Temuduga Makan Tengahari
Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.
Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.
Untuk lebih banyak tips temuduga, anda boleh rujuk pada panduan ini - Rahsia Bijak Temuduga