Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik
Secara umumnya, di antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah;merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.
Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi;
hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Ramai graduan yang berjaya mendapat kerjaya kerajaan Pegawai Tadbir Diplomatik akan dapat peluang berkhidmat sebagai pegawai kedutaan, dan juga di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Peluang ini dianggap peluang keemasan dalam kerjaya PTD kerana tingkatan dan gred gaji adalah lebih tinggi dan lebih baik. Malah, mereka menerima beberapa elaun khas serta insentif tertentu kerana berkhidmat di luar negara.
Selalunya calon-calon graduan PTD yang berjaya layak untuk khidmat di luar negara mempunyai skor yang baik di dalam peperiksaan online terutama seksyen C yang secara amnya berkaitan keperibadian calon PTD.
Keperluan Diri Untuk Menjadi Duta Menerusi PTD
Mahu Jadi Duta? Pegawai Khas Kedutaan? Pastikan ada kelebihan ini pada diri:- Memiliki daya keyakinan yang tinggi.
- Ilmu pengetahuan.
- Mudah menyesuaikan diri.
- Berdikari.
- Boleh berinteraksi dengan baik.
- Kreatif.
Ia penting kerana jawatan kerjaya kerajaan sebagai pegawai kedutaan adalah berkaitan dengan perhubungan, dan pastinya seorang PTD yang menjawat jawatan tersebut perlulah tampil dengan keperibadian yang berkaliber dan berkeyakinan.
8 Bidang Tugas Teras Pegawai Tadbir Diplomatik
Secara ringkasnya, ada 8 bidang tugas teras dalam jawatan PTD ini, iaitu:- Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
- Pengurusan Kewangan,
- Keselamatan dan Pertahanan Negara,
- Pengurusan Teknologi Maklumat,
- Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
- Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
- Pengurusan Ekonomi dan
- Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Untuk calon-calon exam PTD 2016, pastikan anda mendapat panduan dan rujukan lengkap peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Ada banyak nota dan juga contoh soalan peperiksaan yang boleh dijadikan rujukan untuk anda melakukan persediaan rapi sebelum peperiksaan berlangsung.