6 Tips Menulis Resume

Tips menulis resume. iKerjaya Graduan sukacita mahu kongsikan beberapa tips menulis resume yang boleh dijadikan contoh dan panduan untuk menulis resume yang bagus, diterima dan disukai oleh pihak majikan.

Ramai yang mencari contoh resume yang baik supaya dapat menyediakan resume untuk dihantar segera kepada potensi bakal majikan. Namun, sepertimana yang telah iKerjaya Graduan paparkan sebelum ini, salah satu aspek kesilapan kritikal pencari kerja terutama lepasan graduan ialah sikap yang suka copy-paste contoh resume sehingga menghilangkan originaliti dan keunikkan.

Jika mahu copy-paste contoh resume, harus diingatkan bahawa anda mesti bijak mengolah contoh resume itu agar nampak sesuai dengan kerjaya dipohon. Jadikan ia resume milik mutlak anda, dan bukan sekadar menukar ayat telah tersedia.

6 Tips Menulis Resume


Tips Menulis Resume
Baiklah. Antara tips resume paling penting yang harus anda tahu akan didedahkan agar anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan ini. Perkara-perkara penting dalam resume wajib ada adalah nama, alamat, biodata serta maklumat berkaitan pendidikan dan pengalaman berkaitan.

Penggunaan Huruf Besar

Jangan sesekali anda menulis resume dengan menggunakan huruf besar secara keseluruhan. Tulis resume anda dalam ayat formal biasa.

Alamat Email Profesional

Pastikan email anda bukan email yang anda gunakan semasa di tingkatan satu atau tingkatan 3. Buat satu email baru khas untuk permohonan kerjaya. Email anda mesti bersifat profesional, lebih baik ia menunjukkan nama anda. Contoh: Ahmad.Karim@gmail.com, Rozian.Safee80@gmail.com.

Penggunaan Kata Ganti Diri

Tiada penggunaan kata ganti diri di dalam menulis resume. Anda menulis resume bukan seperti menulis karangan. Ia berbeza sama sekali.

Salah Ejaan

Pastikan resume anda bebas dari sebarang kesilapan ejaan.

Tulisan Digelapkan

Adalah tidak digalakkan menulis resume dengan terdapat banyak tulisan yang digelapkan. Gunakan format tulisan dengan 'weight' yang sama.

Saiz Tulisan

Saiz tulisan perlulah yang mudah dibaca. Saiz font yang sesuai ialah 12-14 mengikut jenis font. Jangan terlalu kecil dan terlalu besar.

Semoga beberapa tips menulis resume ini boleh dijadikan panduan untuk anda menghasilkan resume yang bagus. Seperti di awal ada dinyatakan, anda boleh sahaja ambil dan copy paste contoh-contoh resume yang ada, tetapi pastikan anda olah dengan baik, dan semak tips di atas.