Soalan-soalan ujian psikometrik ini telah terdapat dalam peperiksaan online Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam dan beberapa perjawatan lain yang telah menggunakan sistem peperiksaan online SPA yang mula dikuatkuasakan pada 2014.
Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik
Sebelum ni Seksyen C adalah ujian bertulis di dalam bentuk esei. Tetapi memandangkan kekangan masa serta sistem online yang adakala hadapi masalah 'semput'; jadi ia telah digantikan dengan ujian ini. Seksyen C mengandungi lebih daripada 50 soalan, dan ia perlu dijawab dalam objektif secara tepat dan betul.
Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik
Berikut beberapa lagi contoh soalan berkaitan ujian Psikometrik ini. Anda boleh jadikan ia sebagai panduan am untuk ketahui bentuk dan corak soalan.1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak
2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak
3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak
4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak
5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.
A. Ya B. Tidak
6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.
A. Ya B. Tidak
7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.
A. Ya B. Tidak
8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.
A. Ya B. Tidak
9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.
A. Setuju B. Tidak setuju
10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.
A. Setuju B. Tidak setuju
11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.
A. Setuju B. Tidak setuju
12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.
A. Setuju B. Tidak setuju
13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.
A. Setuju B. Tidak setuju
14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.
A. Ya B. Tidak
15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.
A. Setuju B. Tidak setuju
Untuk edisi terkini (2018) satu panduan khas untuk Ujian Psikometrik telah diterbitkan sebagai panduan dan rujukan selain digunakan untuk latih-tubi soalan-soalan Psikometrik.
Boleh lihat di sini untuk tempahan terhad - Panduan (ebook) Ujian Psikometrik 2018