Tips Lulus Temuduga Pembantu Tadbir

Nak lulus dalam temuduga Pembantu Tadbir kerja kerajaan? Ikuti tips yang kami berikan di bawah.

Kalau nak kerja kerajaan, anda perlu lalui proses temuduga jawatan kosong SPA yang telah anda pohon. Kebanyakannya calon-calaon ramai terkandas pada peringkat ini walaupun dah berjaya dengan baik lulus dalam peperiksaan online atau ujian psikometrik.

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan - Pembantu Tadbir

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan - Pembantu Tadbir
Kalau anda nak tahu, kelulusan akademik bukan faktor utama untuk berjaya dalam sesi interview temuduga kerajaan. Bukan juga kerana anda ada kenalan di peringkat pentadbiran tertinggi kerajaan, atau ada kabel yang kuat untuk masuk kerja kerajaan.

Zaman kabel-kabel itu dah lama berlalu. Kerajaan sekarang nak pilih calon yang ada itegriti, tak nak rasuah, dan paling penting tahu buat kerja dan berfikiran rasional dalam membuat keputusan.

Jadi, dalam sesi temuduga untuk Pembantu Tadbir misalnya, banyak kemahiran diambil kira. Kemahiran kecil pun akan diambil kira, kerana tugas seorang Pembantu Tadbir adalah membantu tugas dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan.

10 Tips Untuk Bantu Anda Lulus Temuduga SPA

Percaya atau tidak, ramai yang kecewa sebab tak dapat lulus temuduga kerja kerajaan. Biasalah yang memohonnya ramai, tetapi slotnya sikit. Kena pula pengambilan kakitangan kerajaan sangat ketat.
Jadi kali ni kami nak kongsikan beberapa panduan, cara dan tips temuduga kerajaan. Semoga ianya dapat membantu anda, terutama yang terbabit dengan temuduga Pembantu Tadbir.

1. Penampilan diri

Penampilan diri perlu dijaga semasa menghadiri interview kerajaan. Anda perlu SKEMA pada hari temuduga kerajaan tersebut.  Yang penting nampak kemas, profesional dan menarik.

Tunjukkan bahawa anda calon Pembantu Tadbir yang ada profesionalism. Jangan sangka seorang yang nak jawatan gred sebagai pembantu tak perlu nampak kemas. Buktikan anda seorang bakal pembantu tadbir yang ada kelebihan.

2. Sentiasa tenang 

Anda kena datang dalam keadaan tenang dan jangan kelam-kabut. Sentiasa persiapkan diri daripada segi:
  • Resume telah pun disiapkan. Pastikan semua dokumen yang diperlukan sudah berada dalam fail holder berdasarkan permintaan dalam surat panggilan temuduga yang anda terima sebelum ini. Susunkannya ikut urutan. 
  • Tahu lokasi temuduga
  • Tidur awal dan cukup (disiplin diri iaitu datang awal)

3. Tahu tugas dan peranan jawatan Pembantu Tadbir

Tahu tugas dan peranan bagi jawatan Pembantu Tadbir. Anda juga perlu selidik struktur dan organisasi kerajaan. Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas-tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan.

Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi.

4. Buat homework

Buat homework dan latih tubi berulang kali. Jangan menghafal tetapi memahami. Contoh terbaik soalan lazim temuduga SPA ialah:

"Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?"

"Seorang pembantu pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?"

Jadi, anda kena sentiasa bersedia dengan soalan-soalan sebegini.

5. Isu semasa

Anda kena ambil tahu isu semasa dan terkini di Malaysia sebab kemungkinan besar juga dorang akan bertanya dengan soalan-soalan berkaitan isu semasa.

Sebagai contoh, panel penemuduga berkemungkinan bertanyakan pendapat korang tentang dasar -dasar yang diketengahkan oleh Kerajaan Persekutuan yang baharu. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan tentang konsep Malaysia Baharu yang diperkenal oleh kerajaan yang ada sekarang.

6. Berusaha walaupun tak tahu 

Anda perlu berusaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat. Elakkan diri daripada bersikap pasif, pendiam  dan semasa temuduga Pembantu Tadbir menjadi hambar. Kalau teruskan juga, harapan untuk menjawat jawatan Pembantu Tadbir makin menipis!

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

7. Bersemangat dan bercita-cita 

Panel penemuduga sangat sukakan calon yang bersemangat dan bercita-cita tinggi.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda untuk mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon Pembantu Tadbir yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

8. Sokong dasar kerajaan

Tidak kira apa fahaman politik anda sekalipun, anda mesti menyokong dasar dan kerajaan semasa ditemuduga.

9. Buktikan minat 

Buktikan yang anda sememangnya sangat berminat jika diberikan peluang untuk bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan. Tunjukkan keyakinan dan semangat anda apabila panel penemuduga (biasanya akan ditanya pada sesi akhir temuduga, samada anda mahu katakan sesuatu nanti).

10. Jangan terlalu kepochi

Tak salah kalau anda nak jadi peramah tapi jangan sampai mengganggu orang lain. Jangan terlalu over dengan interviewer tu macam cakap dengan kawan-kawan pulak. Tapi janganlah senyap sangat. Orang tanya sepatah, anda pun jawab sepatah.

Jawab berdasarkan fakta dan dengan penuh dengan kredibiliti.

Untuk bantu anda buat persediaan lengkap hadapi temuduga kerja kerajaan, kami syorkan anda dapatkan rujukan di bawah.

[+] http://jvsecurepay.com/affiliates/temuduga/2624

Gunakan link di atas untuk dapatkan rujukan temuduga yang telah bantu ramai calon sebelum ini untuk lulus dan berjaya masuk kerja kerajaan.