Sektor awam iaitu sektor kerja kerajaan menjadi buruan ramai mahasiswa mahupun buat lepasan SPM. Ada banyak cara untuk mendapat kerja kerajaan, ada yang melalui SPA, ada juga permohonan yang boleh dilakukan secara terus. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa ada pintu lain untuk masuk kerja kerajaan. Jangan salah faham, ia bukan pintu rahsia, cuma pintu benar yang tidak ramai orang tahu, terutama pencari-pencari kerja yang baru.
Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?
Lupakan dulu soal pintu-pintu lain untuk dapatkan kerja kerajaan, mari sembang balik mengenai kelebihan mendapatkan kerja dalam sektor kerajaan atau awam ini. Apakah yang best sangat sampai ramai yang memburu peluang untuk dapatkan jawatan dalam kerja kerajaan ini?
Saya akan berikan anda 13 sebab, 13 kelebihan yang ada buat seseorang yang menjawat jawatan kerja kerajaan.
Kerja Kerajaan Ada Elaun Rumah
Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Elaun ini mengikut perjawatan dan gred di dalam kerja kerajaan. semakin tinggi gred, semakin tinggilah elaun rumah yang anda dapat. Namun begitu, jika anda menerima tawaran untuk tinggal di kuarters milik kerajaan, anda akan tidak dapat elaun ini.Kerja Kerajaan Ada Elaun COLA
COLA ialah Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa yang mudah difahami ialah elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan. Jika mahu dapatkan elaun COLA yang tinggi, pilihlah untuk bekerja di tempat yang punyai kos sara hidup yang tinggi .. :P ... jika bijak, anda boleh dapat elaun COLA tinggi meskipun bekerja kerajaan di kawasan pekan kecil!Bonus Tetap Khidmat Awam
Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Jika anda kerja swasta, tiada elaun ini meskipun anda juga berkerja untuk masyarakat.Kerja Kerajaan Ada Kenaikan Gaji Berkala
Kenaikan gaji di dalam sektor awam memang pasti dan wajib. Ia berlaku setiap tahun, dan setiap kali gred perjawatan anda berubah, atau dengan kata lain, anda mendapat kenaikan pangkat. Sektor awam atau kerja kerajaan ada skim kenaikan gaji yang bagus. Rugi tak minta kerja kerajaan.Kerja Kerajaan Ada Kemudahan Pinjaman
Satu kelebihan kerjaya kerajaan ialah anda boleh dapatkan pinjaman yang berbaloi untuk kenderaan dan perumahan. Tak macam pinjaman bank, pinjaman kerajaan ini lebih menguntungkan peminjam. Pinjaman untuk beli kenderaan, beli rumah malah untuk beli komputer dipermudahkan.